Header Ads

"Ok... Menyesal gak la dulu pilih untuk jadi penkid " - Luahan Jujur Bekas Tomboi



29 Ogos: Sebuah foto transformasi seorang perempuan dari seorang pengkid menjadi perempuan yang sebenar telah mendapat perhatian netizen di laman sosial Twitter.

Atyn yang dahulu seorang perempuan yang berperwatakan seperti seorang lelaki kini telah mengubah dan kembali menjadi seorang wanita melayu yang lebih asli.

Gambar yang dimuat naik di Twitter itu mendapat sekurang-kurangnya 15k tweet dan 10k selepas 20jam dimuatnaik.

Gambar tersebut dimuat naik itu dengan caption " OK. Menyesal gak la dulu pilih untuk jadi penkid. Kahkahkah buang masa hanat" katanya.



Atyn mengatakan bahawa dia sudah muda berperwatakan sedemikian semenjak dari bangku sekolah

"Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid.

"Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian.

"Tapi saya berubah sebab kawan-kawan baik tegur dan saya fikir sampai bila nak jadi macam ni, bila orang sekeliling pandang," ujarnya ketika dihubungi, Rabu.



Mengulas mengenai penerimaan keluarganya, Atyn berkata, mereka begitu gembira dengan perubahan dirinya. Malah, dia juga sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Biarpun kini sudah berpakaian seperti wanita biasa, Atyn berkata sukar untuk dia mengubah personaliti semulajadinya yang agak kasar.

"Dulu keluarga pun bising tapi mereka memang tahu saya ramai kawan lelaki, saya tak ada kawan perempuan. Jadi lama-lama mereka pun faham.

"Bila berubah jadi perempuan balik, mereka gembira. Perangai kasar saya masih macam dulu cuma pemakaian saya perlahan-lahan ubah," ujarnya lagi.

Menurut Atyn lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu bakal mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di laman Twitter.

Idea untuk membuat perkongsian mengenai transformasi itu juga timbul sewaktu dia membelek gambar lamanya yang jauh berbeza dengan dirinya sekarang.

"Bila scroll gambar-gambar lama, end up saya dah kahwin, macam tak percaya pula saya boleh berubah dengan drastik," ujar Atyn.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter turut memuji transformasi tersebut dan ramai yang mengagumi kejelitaan Atyn menerusi fotonya dalam busana perkahwinan berona putih yang dimuat naik menerusi Tweet tersebut.

Berikut antara tweet netizen akan perubahan atyn

Omggg cantik nya akak 😭😭😭😭😭 macam org putih camtu - alia621999

At least u have stories to tell ur children... “mak dulu pengkid, so korang x payah nk macam2 ngn mak, akal korang semua dalam kocek mak” -firdhausamin

No comments

Powered by Blogger.
a