Header Ads

'Pemalas dan pengotor' - Netizen Kritik Sikap Pasangan Suami Isteri Ini Yang Tidak Mampu Jaga Rumah



Jika orang ramai banyak memberi pertolongan, adakah individu itu sendiri akan cuba memperbaiki kehidupan mereka? Antaranya kurang upaya atau pun keluarga hidup sebatang kara di rumah yang tidak mempunyai makanan dan barang keperluan lengkap.

Seorang pengguna Twitter bernama Hermy telah meluahkan rasa kecewa terhadap luahan oleh seorang individu mengenai nasib serta keadaan rumah yang sangat tidak terurus.

Berdasarkan laporan itu, lima beranak berkenaan menetap di Taman Melur dengan keadaan rumah yang dipenuhi sampah sehingga mendatangkan bau busuk dan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang jiran sekeliling. 


Tiga anak merekab erusia dua, lima dan lapan tahun terpaksa hidup dalam keadaan itu dengan hanya berbekalkan tilam lusuh yang dihamparkan di ruang tamu yang penuh dengan sisa sampah, pakaian tidak dibasuh menjadi tempat mereka beristirehat setiap hari. 

Penghuninya, Sariah Ahmad, 38, berkata, mereka mempunyai sebab tersendiri apabila terpaksa tinggal dalam keadaan begitu. 



"Saya tidak mampu nak uruskan rumah sendiri, selain kurang berkemampuan untuk menghias rumah. Nak beli tilam baru untuk anak-anak pun tidak mampu. Kami hanya makan beli dari kedai sahaja, tidak masak. Kadang-kadang air pun tak ada, susah saya nak basuh atau masak," katanya. 

Difahamkan, keluarga ini menerima bantuan elaun sara hidup setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebanan mereka. Tetapi keluarga ini suka berpindah randah.



Menurut Pegawai JKM Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, aktiviti gotong-royong sudah beberapa kali dilakukan di rumah mereka, tetapi keadaan kembali kotor semula kerana tidak dijaga. 

Disebabkan itu, JKM akan memberi tempoh seminggu untuk pasangan berkenaan membersihkan rumah mereka. Jika gagal berbuat demikian, JKM akan mengambil dan meletakkan tiga anak pasangan itu di bawah penjagaan JKM sepenuhnya. 


Sementara itu di media sosial, netizen mengecam sikap malas pasangan berkenaan, selain gemar menunggu kehadiran dari pihak lain membantu mereka mengemaskan rumah. 


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a