Header Ads

Pihak Universiti Mahu Tutup Kes Pelajar Mahasiswi Dirogol Secara Kejam Ketika Datang Haid


Seorang lelaki tempatan yang juga Pegawai Unit Keselamatan UMS mengaku tidak bersalah, di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan cuba merogol seorang mahasiswi, di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan pengurusan kes pada 29 Ogos terhadap Arshad Masdin, 26, yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat.


Mengikut pertuduhan, tertuduh menanggalkan baju mangsa secara paksa, pada 15 Julai jam 12.30 tengah malam, di dalam bilik asrama, institusi pengajian tinggi berkenaan.


Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Umar Faiz membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh dengan mengatakan kesalahan berkenaan tidak boleh ditawarkan jaminan.

Peguam Shahlan Jufri mewakili Arshad memohon ikat jamin diberikan, bagi membolehkan anak guamnya menyediakan pembelaan.

"Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Pengadu dalam kes ini bukan lagi berada di Kota Kinabalu, tetapi kini di negeri Kelantan," katanya.




Tertuduh yang mempunyai dua anak yang bongsu berusia dua bulan, sudah bekerja di unit keselamatan institusi berkenaan hampir setahun.Dalam sebaran whatapps dan media sosial FB ramai mahasiswa dan Alumni UMS mempertikaikan cara kes ini dikendalikan oleh pihak UMS.

Arshad masdin didakwa menanggalkan baju mangsa secara paksa dan memukul mangsa sehingga lebam beserta cubaan merogol secara kejam.Mangsa juga dikatakan sedang haid ketika kejadian kejam berlaku.

Ramai pihak mempertikaikan perubahan pertuduhan dari merogol kepada cubaan merogol. Dikatakan pihak UMS cuba menutup kes ini dari disebar luaskan atas alasan mencemarkan nama baik Universiti. Umum mengetahui kakak tertuduh Masnaneh Masdin adalah Pegawai Khas kepada TNC HEPA. Oleh itu dia menggunakan TNC HEPA menyelamatkan adiknya dari hukuman yang lebih berat.

Dalam satu catatan facebook terbaru Alumni UMS bernama Mukmin Nantang mendedahkan Pegawai Tinggi Keselamatan UMS meminta Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, Profesor Dr. Ismail Ali mengambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti menutup mulut mahasiswa UMS.


"Pegawai UMS jangan buat tahi, kalau mahasiswa digertak kami Alumni Universiti Malaysia Sabah akan lawan isu ini habis-habisan". katanya.

Terdapat juga desas-desus pihak pengurusan UMS mahu kes ini diselesaikan segera termasuk berunding dengan keluarga mangsa agar diselesaikan secara kekeluargaan. Bagaimanapun keluarga mangsa tidak dapat menerima perlakuan kejam tertuduh.


Seorang mahasiswi UMS menamakan dirinya Amy Irmayanti berkata ada banyak kes rogol di UMS di tutup oleh pihak pengurusan UMS.

"Makin benci saya dengan mereka, lebih banyak suka rogol ditutup, mahasiswa UMS diminta diam untuk menjaga nama baik UMS". katanya.

Sumber : Sabahkini2
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a