Header Ads

'Saya sebagai isteri yang akan menjamin suami saya' - Akui Ambil 'Bahan Terlarang',Pemandu Bas RapidKL Bersalah..


KUALA LUMPUR KAKI SHARE: Kes rempuhan bas RapidKL di Ampang menjadi tular beberapa hari yang lalu.

Pelbagai spekulasi telah timbul dan akhirnya polis mengesahkan pemandu bas berkenaan sah positif barang terlarang.

Akhirnya Pemandu bas RapidKL  berkenaan mengaku salah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengambil bahan terlarangdan memasukkannya ke dalam badan.

Tertuduh bernama Md Khairol Anuar Mohamad dan kini berumur 32 tahun dan telahpun berkahwin.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5, 000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh sementara menunggu laporan kimia berkaitan bahan terlarang itu.

Bagaimanapun isteri tertuduh yang merupakan penjamin memohon mahkamah tealh membuat rayuan untuk mengurangkan jaminan kerana mempunyai tanggungan keluarga.

Ini permohonan si isteri:

"Saya sebagai isteri yang akan menjamin suami (tertuduh) saya. Pohon jumlah jaminan dikurangkan kerana saya tidak bekerja selain turut mempunyai penyakit darah rendah dan jantung"

Dalam prosiding, tertuduh, Md Khairol Anuar tak diwakili mana-mana peguam.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Noorasyikin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Bas RapidKL yang dipandu oleh Md Khairol Anuar merempuh lima buah kenderaaan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2.



Kes ini menjadi viral apabila seorang penjual burger bernama Azri Arip memuatnaik dua buah video menunjukkan dia dan rakan sedang mengejar bas berkenaan yang dibawa secara berbahaya.

Video berkenaan jelas menunjukkan bas itu telah merempuh beberapa buah kereta, dan apabila berhenti, pemandu nya cuba melarikan diri.

Sumber: Kosmo Online 

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a