Header Ads

'Saya Tak Boleh Nilai Hanya Dari Gambar,Penjual Sendiri Pun Tak Tahu Itu Palsu,Mungkin Vida...' - Pakar Gemologi


Kontroversi yang melanda usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat, Aishah berhubung isu barangan kemas yang didakwa tidak bernilai.

Pemilik syarikat khidmat rundingan batu permata MRM Gem Centre, Mat Ruzlin Maulud berkata, beliau sedia menawarkan khidmat penilaian secara percuma kepada penyanyi itu bagi mengenal pasti jenis dan nilai sebenar barangan kemas yang didakwa mencecah RM80,000.

Kata beliau, ketulenan batu permata atau berlian itu tidak boleh dinilai hanya melalui sekeping gambar sahaja.


"Saya tak boleh menilai hanya daripada gambar, lebih-lebih lagi saya telah melabur kira-kira RM500,000 ke atas peralatan untuk mengenal pasti jenis batuan permata.

"Tak adil untuk menilai melalui gambar. Jadi, saya kena buat semua ujian untuk mengesahkannya," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Bagaimanapun, kata Mat Ruzlin, bukan hanya pelanggan yang tertipu dengan keaslian batu permata, malah kadangkala peniaga sendiri tidak sedar mereka menjual barangan kemas tiruan.


"Terdapat pelanggan membeli sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Banyak kes macam tu dan tidak boleh menyalahkan dia (Vida) sepenuhnya.

"Kadang-kadang penjual sendiri tidak tahu apa yang dijual, apatah lagi pelanggan," jelasnya.

"Saya perlu 'upgrade' peralatan batu permata dengan kerap kerana peniaga di China kini sudah mampu menghasilkan berlian tiruan yang hampir sebagus berlian asli.


"Alat pengesan yang lama sudah tidak boleh dipakai dan peralatan perlu sentiasa diganti," ujarnya.

seseorang itu tidak boleh menilai batu permata atau berlian dari luar negara hanya sekilas pandang tanpa melihatnya di bawah mikroskop.


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a