Header Ads

Tahi Bintang Jatuh Di Sabah Mengakibatkan Letupan dan Gegaran Kuat ?



21 Ogos: Pada lewat malam tadi satu letupan kuat dan disusuli gegaran di beberapa daerah sabah mungkin disebabkan oleh tahi bintang atau meteor.

Namun menurut pengarah jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud pihaknya tidak dapat lagi memastikan akan kebenaran perkara tersebut,

Kalau ada pun (meteor) susah untuk dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya lagi, maklumat awal juga menunjukkan tiada ribut petir lewat malam tadi.

Boleh jadi juga, letupan itu kemungkinan terhasil daripada meteor yang terbakar ketika memasuki di ruang angkasa.

Ini kerana meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba. Ia biasanya adalah habuk dan debu yang terbakar apabila memasuki dalam atmosfera bumi.

Namun meteor yang besar boleh membunuh juga dan meteorit ialah nama serpihan batuan yang mungkin jatuh atas bumi,” katanya.

Letupan pada kira-kira jam 11.30 malam itu dapat didengar dan dirasai penduduk sekitar daerah ini, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran.

Susulan kejadian itu, netizen di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dengan ada yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit.

Selain itu, ada juga mengaitkan kejadian berkenaan dengan latihan tentera di Kem Paradise, Kota Belud.

No comments

Powered by Blogger.
a