Header Ads

'Tuduh Orang Lain,Salahkan Orang Lain.Dia Buat Takpe' - Zahirah Sindir Zul Ariffin Ke?


Pelakon Zahirah MacWilson memuat naik status di Instastory miliknya pada malam Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang dipercayai bekas kekasihnya, mungkin Zul Ariffin.

Kenyataan berbaur sindiran itu menjelaskan bahawa individu dimaksudkan itu sudah memutar belit cerita, berlagak menjadi mangsa, menyalahkan orang lain dan suka bermain cinta.

"Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.Kamu tahu siapa yang saya maksudkan," tulisnya.

Sementara itu, Zul pada masa yang sama turut memuat naik mesej di Instastory seperti membalas kenyataan pelakon Jangan Benci Cintaku itu dan meminta dia untuk meneruskan kehidupan baharu.


Awal minggu lalu kecoh foto-foto bekas kekasihnya iaitu aktor Zul Ariffin bercuti di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine.

"Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian," ujarnya.




Selain itu, Zul turut mengulang posting yang dimuat naik rakannya bahawa dia tidak memerlukan 15 artikel media untuk membuktikan dia sudah pulih daripada kekecewaan lalu.


Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a