Header Ads

(VIDEO) 'Benda Makanan Jangan Buat Main,Jijiklah' - Netizen Hentam Dato Vida

Setelah lama sepi tanpa sebarang kontroversi, nama jutawan kosmetik, Dato’ Vida kembali menjadi sebutan orang ramai setelah beliau membuat perbandingan antara makanan dengan alat sulit wanita baru-baru ini.

Menerusi Instagramnya, Vida telah memuat naik sebuah video yang mahu mempromosikan produk kolagen keluaran syarikatnya yang dikatakan mampu merapatkan alat sulit wanita selepas bersalin.

Dengan menggunakan sebiji karipap yang telah dikeluarkan isinya, Vida kemudiannya membuat perbandingan karipap yang sudah lohong itu dengan alat sulit wanita.

Video Vida itu telah mendapat perhatian pengikut beliau di Instagram. Rata-rata mereka berasa jiijk dengan perbuatan Vida itu selain menganggapnya sebagai suatu tindakan yang tidak wajar.

Ramai yang merasakan tindakan Vida yang mempermainkan makanan dengan menjadikannya contoh pembandingan dengan alat sulit wanita adalah biadap dan melampau.

Terdapat juga segelintir yang mengatakan tindakan Vida itu sebenarnya mahu meniru aksi Kak KM yang sentiasa menggunakan unsur-unsur lucah apabila mahu mempromosikan produknya.


Tidak kurang pula yang menggesa netizen lain supaya tidak tertipu dengan membeli produk keluaran terbaru syarikatnya itu.



Sumber : Vida
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a