Header Ads

(VIDEO) 'saya seorang perokok, Keluarga juga tahu saya merokok' - Fathia Latiff


Pelakon Fathia Latiff kembali menjadi buah mulut netizen apabila secara terbuka menghisap rokok ketika bersiaran langsung menerusi Instagram bersama rakan baiknya Zarina Anjoulie. 

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang beranggapan kerana tidak sesuai dengan dirinya sebagai wanita bertudung.

Menerusi Berita Harian mengatakan dia merasa terbeban hidup sebagai selebriti dan terpaksa berpura-pura dengan status dipegangnya itu.

Bagaimanapun, Fathia juga sedar peminat mahu dirinya berubah ke arah lebih baik namun dia juga manusia biasa, katanya lagi.


"Saya terbeban membawa status selebriti, malah nama Fathia Latiff itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri. Saya tahu, orang luar mahu saya berubah menjadi baik, tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa."

"Saya pernah cuba berubah, tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila terpaksa bersikap hipokrit. Saya tidak mampu hidup berpura-pura. Penat rasanya hidup dalam penipuan."

"Hari ini, saya tidak mahu mempedulikan lagi cemuhan netizen. Selama mana mereka mahu mengutuk dan mencaci saya, silakan!


Namun, dia masih belum mampu berbuat demikian dan sedang berusaha.

"Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu."

"Buat masa ini, saya masih belum mampu meninggalkan tabiat itu sepenuhnya, tetapi sedang berusaha mengurangkannya. Biarlah saya berhenti secara perlahan-lahan."

"Sebelum ini, apabila saya cuba berselindung, saya menjadi semakin memberontak. Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik, asalkan saya tahu batasan hidup."





 

Sumber : Berita Harian

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a