Header Ads

(VIDEO) Tidak Mahu Anak Terasa Tersisih,Bapa Tunggal Ini Sanggup Berpakaian Wanita Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Anaknya.


Hari Ibu merupakan hari yang disambut demi menghargai jasa dan segala penat lelah ibu membesarkan kita.Pada hari ibu lah kita akan buktikan pada ibu betapa sayangnya kita pada mereka dan sememangnya suatu hari yang meriah disambut oleh rakyat Malaysia.

Namun,bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai ibu? Ini merupakan kisah yang menyayat hati tentang seorang bapa yang berumur 32 tahun ini.

Isterinya yang sudah tiada,sanggup ayahnya memakai baju wanita sempena sambutan Hari Ibu di sekolah anaknya itu.Lelaki tersebut memakai baju wanita untuk digantikan tempat isterinya yang meninggal dunia.


Bagaimanapun,di Malaysia Hari Ibu sudah pun berlalu berbanding di negara Thailand hari ibu mereka jatuh pada 12 Ogos 2018.Kebanyakkan sekolah disana mereka mengadakan majlis pada hari jumaat.Majlis tersebut turut menjemput para ibu untuk hadir agar pelajar-pelajar itu boleh menyambut bersama mereka.

Lain dengan kisah, Lelaki yang dikenali sebagai Chatchai Parn-Uthai mempunyai dua orang anak yang berumur 3 dan 5 tahun. Gambar ini dimuatnaik di Facebook milik Kornpat Ae Sukhom bersama status “Outstanding mom of 2018”.

Chatchai telah bercerai dengan isterinya 3 tahun yang lalu. Namun itu tidak menghalang dirinya untuk menghadiri majlis sambutan Hari Ibu sekolah anaknya dengan memakai dress berwarna merah jambu.



Majlis sambutan Hari Ibu diadakan dengan anak-anak memberi bunga kepada ibu mereka sebagai tanda cinta dan seterusnya meminta maaf dan mengucapkan terima kasih atas segala jasa mereka.


Menurut Chatchai, dia sanggup buat apa sahaja demi anaknya.

“Saya tidak mahu anak-anak saya merasa terasing dan saya berharap mereka boleh bahgia. Saya tidak malu memakai pakaian wanita. Kerana saya sangat mencintai anak-anak saya. Selagi saya melihat mereka tersenyum, maka semua ini memang berbaloi.”


Wah, terharunya apabila melihat pengorbanan seorang ayah yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagian anak-anaknya.


Chatcai juga turut berterima kasih kepada orang ramai kerana menyokong dan mendoakan dirinya agar terus menjadi bapa yang baik buat anak-anaknya. Lihat video yang dirakam pada hari kejadian:

Comelnya anak Chatcai. Video ini sangat popular dan telah ditonton sebanyak 6 juta penonton. Walauapapun semoga Chatcai mampu membesarkan kedua orang anaknya dengan sihat.


Sumber: Kornpat Ae Sukhom, Coconut
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a