Header Ads

(Video) Ustaz Sanggup Jadi Pencuri, Gara-Gara Ingin Kahwin Dua

Zaman sekarang ni memang macam-macam perkara yang pelik berlaku. Ada orang kahwin dengan budak bawah umur, pondan solat di surau wanita, dan yang terbaru ini ada seorang ustaz mencuri hanya sebab mahu berkahwin baru.

Semalam ada seorang netizen berkongsi di laman Facebook tentang seorang hamba Allah yang kantoi mencuri di kedai emasnya. Menurut posting tersebut, ustaz itu mencuri dengan jumlah yang banyak akan tetapi masih bebas setelah diikat jamin.

Pencuri berkenaan melarikan diri bersama wanita yang bakal menjadi isteri barunya seolah-olah menunjukkan yang mereka ini sudah merancang kes ini.

Mangsa berjaya mendapatkan maklumat mengenai pencuri berkenaan. Katanya, pencuri itu kononnya seorang yang bergelar ustaz berkelulusan dari Yaman serta berasal dari Shah Alam dan sudah berkahwin dengan orang Mentakab, Pahang.

Dikatakan tinggal di Bukit Mentakab, pencuri tersebut memiliki kereta Alza berwarna biru dengan bernombor plat BPK 3587.



Itulah kata-kata si mangsa menerusi posting di laman Facebook miliknya. Mangsa juga turut memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan pencuri ini. Bimbang perkara yang sama akan terjadi lagi kepada orang lain.


Kalau tak mampu berkahwin tu janganlah mencuri ya. Lagi-lagi kahwin yang kedua, hargai dan jagalah isteri yang dah ada tu. Kepada mangsa, kami mendoakan agar anda mendapat wang kembali. Amin.


Sumber: Facebook.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a