Header Ads

Viral Wajah Seorang Lelaki Mirip Hael Husaini Di Dakwa Operate Rupanya,Ini Respon Lelaki Tersebut..


Semalam viral di laman Twitter seorang lelaki mirip seperti penyanyi Hael Husaini. Apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah lelaki berkenaan mengaku membuat pembedahan sehingga mencecah RM45k.

Namun, menerusi mStar Online, lelaki yang dikenali sebagai Adam Zainee ini menafikan dakwaaan dan memberitahu kapsyen yang menjadi kontroversi tersebut hanyalah sekadar sindiran.

Orang ramai terkejut dengan pengakuan yang dibuatnya. Tak kurang juga yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang seolah-olah sengaja mahu menumpang populariti Hael untuk menjadi terkenal.

Adam Zainee walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang viral di laman Twitter tersebut. Pengakuan yang dibuat tersebut hanyalah sekadar sindiran.

"Status itu tidak benar. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik pun hanya semata-mata nak nampak wajah seperti Hael."

"Apa yang saya tulis itu hanya sekadar sindiran untuk netizen yang tak habis-habis kata saya sengaja nak tiru dan mahu menggunakan populariti Hael."

"Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama."

"Saya bukan mahu tiru penampilan Hael tapi jadikan dia sebagai idola dalam industri seni. Apa yang saya gayakan hanya mengikut trend fesyen terkini."

"Dia juga merupakan sumber inspirasi untuk saya ceburi bidang seni. Saya kagum dengan perjalanan karier seni dia."


"Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pelakon. Ada juga cuba beberapa uji bakat tapi belum ada rezeki."

"Saya tak kisah pun dengan kecaman netizen. Yang positif saya ambil dan yang negatif saya hiraukan sahaja.Kiranya kecaman itu sebagai persediaan dan pertahanan untuk saya memasuki dunia seni."

Sumber : mstar Online, Azliladzif
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a