Header Ads

3 Insta famous gembira


Pepatah orang dahulu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini memberi maksud penyesalan yang berlaku setelah keterlanjuran perbuatan tidak ada lagi gunanya kerana kerosakan telah pun berlaku.

Peribahasa berlaku kerana terlalu mengikutkan hawa nafsu serakah, 3 orang kawan didakwa di Mahkamah tinggi Taiping di atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur bulan lalu.

Walaupun begitu tertuduh iaitu Muhammad Saifuan Abdul Aziz, Mohamad Shah Izzwan Azizuddin dan Muhammad Azrul Ahmad Tarmizi mengaku tidak bersalah bagi kesalahan atas tuduhan merogol dan meminta untuk dibicarakan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan yang di terima, ketiga-tiga tertuduh bakal didakwa merogol secara berkumpulan ke atas mangsa yang berusia 15 tahun di bilik No 3, Motel Wonderful, Taiping, pada waktu antara 5.25 pagi dan 11 pagi pada 17 Ogos lepas.

Rakam video rogol mangsa
Mohamad Shah Izzwan, Muhammad Saifuan dan Muhammad Azrul didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Che Noralashiken Abd Razak membenarkan jaminan RM8,000 setiap seorang bersama seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober ini bagi kes pengurusan.

Tertuduh juga turut merakam perbuatan terkutuk itu dan video mereka turut tersebar di laman sosial. Mangsa dirakam tidak sedarkan diri dipercayai khayal dirogol oleh beberapa orang lelaki yang tidak ditonjokan wajah mereka. Mangsa juga merupakan seorang ‘instafamous’ dengan puluhan ribu pengikut di Instagram. - Kaki Share

No comments

Powered by Blogger.
a