Header Ads

"3 Tahun Allah Pinjamkan Kamu Untuk Membahagiakan Kami" Safura Ya'Cob Membuatkan Netizen Rasa Hiba,

Penyanyi senior Safura Ya'cob membangkitkan rasa hiba dalam hati netizen ketika kembali mengenang pemergian cahaya mata perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada September 2011 lalu.

Menerusi entri terbaru di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu itu meluahkan rasa rindunya terhadap arwah bila mengenangkannya.

"23 Ogos 2008 lahirnya anak syurgaku ke dunia yan fana ini, selama tiga tahun kami sekeluarga menanti kehadiranmu, tiga tahun sahaja sempat Allah pinjamkan kamu untuk membahagiakan kami sekeluarga di dunia ini.
"Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya. Kami reda dalam dalam pemergian anak tersayang dan ketentuan-Mu.

"Semoga Allah pertemukan kami nanti dalam jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu... Al-fatihah," tulisnya. Mariam meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri kerana demam berpanjangan.
Selain anak syurganya Mariam, Safura mempunyai seorang anak bersama Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus, 8.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.

Foto: Instagram @safurashah

No comments

Powered by Blogger.
a