Header Ads

"9 Adik-Beradik Pakat Beli Kereta Untuk Ayahnya" - Ini selepas Mereka Terlihat Ayahnya Menarik Kereta Dengan Tali



Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Pengorbanan ayah jarang kita lihat dan didendangkan oleh masyarakat, sedangkan insan inilah yang membanting tulang empat keratnya untuk memberi dan membesarkan anak mereka.

Semua jasa atau pengorbanannya tidak pernah diminta balasan. Perhatian dan kasih dari aak-anak sahaja yang diperlukan apatah lagi mereka ini sudah di hari-hari emas mereka. Walaupun emas dan permata diberikan kepada ibu dan ayah, tetapi belum cukup mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

Sebelum ini netizen tersentuh hati dengan kisah yang dikongsikan seorang anak mengenai hadiah pemberian sebuah kereta kepada ayahnya pada bulan Mei yang lalu bersamaan dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14.

Kali ini pula, kisah yang hampir sama menjadi sebutan. Kerjasama 9 orang adik beradik membuat kejutan kepada ayah mereka. Idea menghadiahkan kereta baru buat ayah mereka tercetus apabila melihat kereta ayah mereka rosak dan hati mereka tersentuh bila melihat ayah mereka menarik kereta dengan tali dalam keadaan cuaca yang panas.



Ini la salah satu sebabnya. Bila kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan disebabkan satu-satunya kereta yang dia ada ni rosak. Kami sebagai anak-anak yang sepatutnya ada untuk menolong dia dalam keadaan macam ni tak dapat membantu disebabkan masing-masing sedang bekerja.

Tetapi alhamdulillah dalam masa yang sama, kakak ada pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali dan tali tu diikat kat kereta kakak.

Kakak share gambar abah dalam group WhatsApp keadaan abah masa tu. Ya Allah, rasa macam nak menangis bila tengok gambar abah time tu. Dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang-sorang. Dalam hati ni terdetik "mana tanggungjawab aku sebagai seorang anak" yang sepatutnya tolong dia keadaan dia memerlukan macam ni? Alhamdulillah kereta tu selamat ditarik sampai ke rumah dan kereta tu dibaiki oleh abang dan adik lelaki.

Sejak kejadian tu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah "kereta" ni untuk kemudahan dia bergerak.

Kami 9 orang adik beradik bukan dari orang yang senang, yang dah kahwin atau yang belum kahwin, masing-masing ada tanggungjawab sendiri dan kami sama-sama berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ni. Yeaayy! Semua sepakat nak carikan abah kereta.

Adik bagi pendapat alang-alang nak carikan kereta, biar la baru. Sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta tu nanti rosak dan timbul la cadangan untuk beli kereta baru terus.

Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ni dibeli secara ansuran. Ye la, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik beradik semua pun beli kereta secara ansuran. Dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ni secara ansuran beramai-ramai selama 5 hinnga 9 tahun.

Kami 9 adik beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun-tahun dari dibandingkan dengan pengorbanan yang abah buat untuk membesarkan kami 9 adik beradik dari lahir sampai la kami besar dan menjadi orang yang berguna sampai ke harini. Alhamdulillah.



Ada jugak orang membawang, bercakap "banyak duit adik beradik kau yer belikan abah kereta baru"?? Tapi hakikatnya kami ambik masa berbulan-bulan untuk kumpulkan duit deposit untuk keluarkan kereta ini.

Kami adik beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ni. Adik yang sorang uruskan hal loan bank, yang sorang uruskan kutipan duit deposit (ambik masa 2 bulan untuk kutip deposit) dan yang lain pun siap-siap dibahagikan untuk uruskan yang lain.

Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik. Allah permudahkan urusan proses loan bank ini dan kereta ni dapat dikeluarkan dengan cepat.

Nak tau tak apa perasaan abah bila kami suprise kan kereta ni!! Hahahhaha comel je tengok abah ni. Asyik cakap yang ni "MIMPI KE?" "BETUL KE?" sebab abah tak percaya langsung yang dia dapat kereta tu sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu tu. Kalau lock terbuka, abah bukan "MIMPI" tau. Emak yang berdiri kat sebelah abah, menangis-nangis sebab mak pun tak sangka yang anak-anak dia boleh hadiahkan kereta ni untuk abah.



Bila dah nampak emak menangis, apa lagi yang anak-anak lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak. Ya Allah, masa tu perasaan ni hanya Allah je yang tahu. Terima kasih Ya Allah. Berikan kami kebahagian yang tak terhingga macam ni walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya "KEBAHAGIAN".

Allah sebaik baik perancang. Apa yang telah emak abah kehilangan sebelum ni (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke 2 aritu), sekarang Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Alhamdulillah. Terima kasih abang-abang, kakak dan adik-adik semua atas rezeki yang kita ada dan kita kongsikan bersama untuk kita berikan kepada emak abah kita. Alhamdulillah.

No comments

Powered by Blogger.
a