Header Ads

'Ada banyak yang ingin diluahkan tapi saya padam' - Elfira Loy Ingin Jawap Soalan Dari Orang Ramai,Tapi Sebaliknya.....


Terbaru,Pelakon Elfira Loy telah mengejutkan orang dengan tunang secara senyap-senyap. Elfira Loy telah menyifatkan segala ujian yang dihadapinya ketika ini telah menjadi lebih kuat dan bersabar di dalam pelbagai perkara.

Menurutnya, tiada keperluan baginya untuk menerangkan segala ujian yang dialaminya ketika ini kerana percaya Allah sebagai sebaik-baik perancang.

Elfira telah memuat naik kapsyennya dan hanya memperbanyakkan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.



 
JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Ada banyak perkara yang ingin saya katakan pada kapsyen ini. Saya sering menulis dan memadam kapsyen panjang untuk saya menjelaskan segala yang telah terjadi kepada diri saya. Tapi saya melihat tiada keperluan untuk saya melakukan sedemikian."

“Ujian daripada Allah membuatkan saya lebih kuat dan bersabar di dalam pelbagai perkara. Saya tahu masanya akan tiba, jawapan yang anda cari selama ini akan diketahui juga."

“Saya hanya perlu banyak berdoa kerana Allah sahaja yang boleh mengubah segalanya dan bukan anda. Pada saya, jika tiada sesuatu yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam. Perkara ini bukan untuk menyejukkan hati saya sebaliknya menolong anda di akhirat kelak”  tulisnya."



rata-rata pengikut Elfira menitipkan kata-kata semangat untuknya supaya jangan mengalah dan terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

Terdahulu, nama Elfira sekali lagi menjadi perhatian umum selepas adiknya, Ezzrin Loy didakwa lari daripada membayar hutang.



No comments

Powered by Blogger.
a