Header Ads

Akhirnya Aishah Ditawarkan Gelang Emas Ganti Permata Palsu Yang Di Beri Oleh DSV

Akhirnya penyanyi Aishah mendedahkan di sebalik kontroversi permata palsu diterimanya dari DSV menerusi program Gegar Vaganza musim keempat, dua syarikat korporat yang perihatin dengan isu ini tampil menawarkan hadiah gantian kepadanya untuk mengantikan barangan palsu yang di terimanya.

Aishah berkata, salah sebuah syarikat produk kecantikan antarabangsa yang terkenal ingin menghadiahkan seutas gelang emas  yang sama nilainya dengan permata tiruan yang di terima, malah ada pihak luar negara turut menawarkan mata wang crypto sebanyak 10 Dinar Dirham Koin (DDK) bersamaan RM8,500 per satu.

Apa pun penyanyi lagu "Janji Manismu" itu turut meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas kesudiaan kedua pihak berkenaan tampil ingin memberi hadiah kepadanya namun dia mengambil keputusan menolak tawaran itu dengan baik hati.

"Alhamdulillah ada yang prihatin pada kes I, terharu sangat di atas tawaran untuk menghadiahkan I, DDK tetapi I terpaksa menolak tawaran tersebut. Jutaan terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan anda," katanya menerusi status Instagram miliknya pada Jumaat.
Aishah mendedahkan ada pihak ingin menghadiahkannya seutas gelang tangan sebagai gantian.

Berbalik kepada minggu lalu, Aishah telah membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia masih belum menerima janji berupa hadiah sebidang tanah lot banglo selepas beliau hampir setahun menjadi juara rancangan reality Gegar Vaganza musim ke 4.

Malah paling mengejutkan penyanyi itu turut telah mendakwa, menerima seutas ranatai palsu yang tidak mempunyai nilai, barang kemas tersebut dihadiahkan daripada Jutawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 juga didapati palsu sungguh memalukan.

Dalam pada itu pula, menerusi posting berbeza, Aishah juga berkata, bahawa perjuangannya demi membela hak yang patut di terima seseorang melebihi angka wang ringgit atau nilai sesuatu barangan.

Kata Aishah lagi, apa yang dilakukannya bukanlah semata-mata untuk kepentingan diri sahaja malah  membela teman-teman artis yang lain agar tidak diperlekehkan  dan di permainkan seperti mana terjadi kepada dirinya, KS pun rasa sungguh malu ketika pertama kali mendapat tahu hal ini. bagi KS auwwwww i pong.

"Terharu di atas kepekaan pihak ini tapi perjuangan I melebihi angka wang ringgit atau barangan bernilai. "Perjuangan I bukan saja utk diri I tetapi untuk teman-teman artis lain semoga kami tidak diperlekehkan dengan janji-janji, gebang pihak tertentu. dalam mencari publisiti padahal"



"Biarlah selepas ini kalau ada sebarang pampasan ia ditentukan oleh undang-undang sebagai pengajaran," katanya.
Aishah menambah, apa dilakukan atas dasar prinsip dan kerana itu juga dia menolak semua tawaran diberikan kepadanya.
"Apa-apa pun terima kasih untuk tawaran diberikan, sebagai seorang wanita tentu sahaja hati melonjak bila dapat tawaran begitu.

"Tapi demi prinsip I terpaksa tolak tawaran ini. Biarlah malam ini I mimpi saja memakai gelang emas tu dan tersenyum," katanya lagi.
#KS tersenyum simpul kaya-kaya pun sanggup menipu demi mencari publisiti murahan, apa yang pasti KS sudah tahu puak ni lama dulu dah memang macam ni.


No comments

Powered by Blogger.
a