Header Ads

'Rupanya Aku Pernah Tinggal Serumah Dengan Housemate Yang Dah 2 Tahun Meninggal, Saksi'

Setelah dua tahun tinggal bersama dengan rakan serumah, ini memang pengalaman yang luar biasa. Menurut perkongsian dari Si empunya cerita @madjam ini, si empunya cerita tidak mengesyaki sebarang perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia hanya mengetahui selepas perkara itu selepas dimaklumkan oleh abang kepada arwah rakannya, meremang bulu tengkok.

Pernah beberapa kali jiran-jiranya bertanya dia tinggal dengan siapa. Tidak kurang juga ada yang prihatin menasihatkannya untuk berpindah saja dari rumah itu, kerana bimbang dengan keselamatannya.

APA nak hairan, aku pernah serumah dengan orang yang dah dua tahun meninggal dunia, yang hakikatnya aku tak tahu dia dah meninggal.

Bukan cerita dari aku, tetapi aku nak kongsikan sikit dari kisah benar. Aku terpaksa letak nama samaran untuk kawan aku itu sebab mahu menjaga aibnya.

Bahagian 1

Peristiwa ini berlaku pada 2011. Tiga tahun lepas aku konvo pada 2008. Pada 2010, aku dapat tawaran kerja dengan sebuah bank di Kuala Lumpur (KL). Position aku pula, aku perlu banyak outstation. So sekaligus aku jarang berada di rumah.

Aku pun carilah rumah sewa di kawasan-kawasan yang dekat dengan office aku. Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dalam hati, berlagak nak duduk kondo).

Sepanjang satu tahun dari 2010-2011, aku naya tinggal seorang diri sebab lebih privasi dan lebih selamat.

Bahagian 2

Penghujung tahun 2011, masa aku sedang bercuti di kampung, aku dapat satu panggilan dari nombor yang aku tak kenal. Aku pun jawab. Borak punya borak, rupanya kawan lama aku masa di universiti walaupun lain bidang dan fakulti.

Firdaus namanya. Dia call aku sebab nak sewa rumah dengan aku sekali. Pada mulanya aku agak pelik, macam mana dia boleh tahu aku duduk seorang dan macam mana dia boleh tahu nombor aku.

Aku pun balik ke KL berjumpa dan berbincang dengan dia tentang sewa rumah walaupun aku sendiri macam blur-blur dan kenapa aku boleh setuju dia jadi housemate aku.

Bahagian 3

Bermulalah cerita aku duduk serumah dengan hantu a.k.a housemate aku hantu.

Awal 2012, Firdaus pun masuklah dalam rumah aku. Diguna bilik yang berdekatan dengan dapur walaupun ada dua lagi bilik kosong di depan. Bilik dia pilih itu agak kecil dari bilik-bilik yang lain.

Malam pertama, dia duduk dengan aku. Kami makan bersama-sama. Cuma masa solat saja aku tak perasan dia sebab memerap dalam bilik. Selepas itu sama-sama lepak tengok tv sambil aku ceritalah bidang kerja aku yang kerap outstation. Dia pun macam okey saja.

Dia cerita dia selalu busy dengan kerja, kadang-kadang balik lewat malam jam 1.2 pagi. Aku tak syak apa-apa sebab bagi aku, normallah kerja di KL balik jam 1-2 pagi. So habis di situ saja malam itu.

Bahagian 4

Hampir enam bulan aku duduk serumah dengan dia dan dalam tempoh itu aku hanya berada di rumah dengan dia 2-3 minggu sahaja. Selebihnya banyak outstation.

Satu pagi itu, aku terserempak dengan jiran, bertanya khabar dan dia tanya aku.

Jiran: "Adam duduk seorang ke? Atau dengan kawan?"

Aku: "Taklah bang, saya duduk dengan kawan. Kami berdua saja."

Jiran: "Yeke?" dia cepat-cepat nak blah dari aku.

Tetapi aku tak ambil port sangat pasal jiran aku itu yang berlalu macam itu saja. Masa terus berjalan dan tiba bulan puasa, si Firdaus kata dia kena balik kampung sepanjang bulan puasa. Dia dah apply cuti sampai raya. Okey sajalah, tak tanya lebih-lebih.

Bahagian 5

Habis puasa dan raya, dia pun balik dari kampung. Kebetulan aku tak banyak kerja bolehlah spend time dengan housemate. Al maklumlah mood rayakan satu bulan.

To Be Continue soon

No comments

Powered by Blogger.
a