Header Ads

'Benda tu akan datang kacau, tak kira siang atau malam' - Kali Ini Isteri Awie Pula Jadi Mangsa


Penyanyi dan pelakon Datuk Awie yang pernah mendedahkan dirinya mengalami gangguan dan penyakit misteri sebelum ini memberitahu kini isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin turut berhadapan situasi sama.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 50, gangguan itu datang tanpa mengira waktu sehinggakan isterinya menjadi takut sekiranya perlu tinggal bersendirian di rumah.

"Gangguan dan penyakit misteri ini bukan baru sebab sudah 13 tahun saya mengalaminya... tak kira siang atau malam, kalau 'benda' tu nak datang... dia akan kacau.

"Baru malam tadi isteri saya tiba-tiba menjerit, dia nampak sesuatu yang menakutkan sampai dia tak berani nak duduk rumah seorang diri. Kalau saya cerita pasti orang ketawa sebab benda-benda begini orang tak pernah rasa," katanya kepada mStar Online.


Awie ditemui semasa majlis makan malam meraikan kejayaan filem Hantu kak Limah yang diadakan di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Awie berkata dia pernah mencuba pelbagai rawatan termasuklah perubatan Islam bagi menghilangkan gangguan misteri tersebut.

Malah, sehingga hari ini dia tidak pernah berputus asa untuk melawan kesakitan yang dialaminya.


"Saya ada ikthiar dan esok lusa pun akan cuba lagi, mujur sakit ni datang masa saya tidak berkerja.

"Kita berusaha sampai berjaya hilangkan gangguan ni, kalau tunjuk 'benda' yang keluar dari badan saya memang ramai akan terkejut.

"Pelik... zaman sudah moden tapi manusia semakin kuno dan hilang iman," katanya yang enggan terlalu bercerita mengenai gangguan mistik itu.



No comments

Powered by Blogger.
a