Header Ads

Bukan Pemotongan atau Pengurangan, Ia Hanya Tidak Memaparkan Jumlah Baki Pengeluaran



Hari ini kecoh apabila netizen mempersoalkan baki wang yang tinggal di dalam akaun BSN mereka. Namun tanpa menunggu terlalu lama pihak Bank Simpanan Nasional keluar mengeluarkan kenyataan.

Mereka berkata tiada sebarang permotongan mahupun pengurangan baki dalam akaun simpanan pelanggan BSN. Namun mereka berlaku isu ini bangkit apabila berlaku sedikit kekeliruan yang berlaku.

"Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda, ini adalah kerana sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimun pelanggan (mengikut jenis akaun)

"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sistem akan memaparkan baki sebenar akaun pelanggan dalam tempoh terdekat ini," kata BSN.

Dalam pada itu BSN juga meminta kepada pelanggan yang mendapati terdapat sebarang perubahan pada jumlah baki simpanan dalam akaun (yang melebihi RM10), agar ke cawangan BSN yang berhampiran untuk urusan kemas kini akaun simpanan mereka.

"Bagi pengguna yang mendapati terdapat pengurangan amaun sebanyak RM10 dalam akaun, untuk makluman, tiada sebarang pemotongan/ pengurangan wang dalam akaun simpanan anda.

"Skrin paparan ATM/myBSN akan memaparkan jumlah baki wang yang boleh dikeluarkan (RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan).

BSN sedang membaik pulih perkara ini dan akan memaparkan baki sebenar dalam tempoh terdekat ini," kata BSN lagi.

Dalam pada itu BSN juga menyarankan pelanggan yang mempunyai sebarang masalah untuk terus menghubungi  pusat hubungan pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

No comments

Powered by Blogger.
a