Header Ads

Disangka "Gula-gula" Rupanya "Dadah" Ayah, anak dan 3 rakannya termakan



Tiga orang kanak-kanak khayal dan dikejarkan ke hospital apabila menelan ekstasi yang disangka gula-gula. Mengikut laporan keadaan mereka dilaporkan stabil selepas menerima rawatan. 

Kejadian ini berlaku selepas seorang murid perempuan bersama dengan 3 lagi kawannya dari Riau, Indonesia secara tidak sengaja termakan pil ekstasi yang dipercayai milik bapanya. 

Kanak-kanak itu menyangka pil yang ditemui dalam kereta ibu bapanya itu adalah gula-gula. Lalu dipotong dan diberi kepada rakan-rakannya untuk dinikmati bersama," kata jurucakap Polis Riau, Sunarto.

Keempat-empat mereka menelan pil tersebut, namun salah seorang daripada mereka segera meludah keluar pil itu kerana rasanya yang pahit. 

Susper yang berusia 46 tahun itu dikenali sebagai 'HR'. Dia ditahan dan didakwa atas penyalahgunaan dadah selepas suspek mengaku pil ekstasi itu adalah miliknya. 

Polis juga akan mendakwa suspek atas kecuaian dalam menjaga anak kerana menyebabkan nyawa mangsa dalam bahaya. 

No comments

Powered by Blogger.
a