Header Ads

'Duduk rumah kena pukul dengan abang,Pergi sekolah kena buli dengan kawan sekelas' - Perempuan Ini Kongsi Kisah Budak Kecil Ini...


Bukan semua golongan kanak-kanak ni nakal, ada juga yang berfikiran dan bersikap tidak ubah seperti orang dewasa. Mungkin disebabkan latar belakang dan pengalaman masing-masing, mereka cuba menjadi yang terbaik.

Itulah boleh dikaitan dengan kisah Nadia Natasya apabila sempat bersembang dengan seorang kanak-kanak lelaki, Rayyan yang membantu dirinya menjual ayam goreng menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya.

Menurut Nadia, budak berusia tujuh tahun itu merupakan anak keempat daripada enam beradik dan pernah dibelasahi oleh salah seorang abangnya sehingga mempunyai kesan parut di dahi.


Lebih menyedihkan apabila budak itu dilarang untuk pergi ke sekolah oleh ibunya akibat sering dibuli oleh rakan-rakan.



Disebabkan bosan tinggal di rumah dan sering dipukul dengan abangnya, Rayyan mengambil keputusan untuk keluar dan melepak di kedai tersebut.



Memang simpati bila dengar kisah macam ni apatah lagi melibatkan kanak-kanak kecil yang baru ingin mengenali dunia, tetapi menerima dugaan sebegitu rupa. Semoga adik Rayyan tabah ya!

No comments

Powered by Blogger.
a