Header Ads

Dulu Hefny Cinta Uqasha, Sekarang Cinta Raysha Si Adik Pula, Apa Komen Hefny?

Sebelum ini seperti yang di ketahui hubungan percintaan antara pengacara dan pelakon kacak Hefny Sahad dan pelakon cantik Uqasha Senrose telah berakhir sekitar lapan bulan yang lalu.




Namun di beritakan mereka masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas teman wanitanya itu, kini Hefny bergandingan dengan adik Uqasha, Raysha Rizrose dalam sebuah drama bersiri yang melibatkan emosi percintaan sesama mereka.

"Pada mulanya, saya rasa terkejut juga apabila diberitahu akan bergandingan dengan Raysha dalam drama tersebut.
"Terdetik dalam hati, adakah gandingan itu akan kelihatan kekok? Namun begitu, ketika kami melangkah ke set penggambaran, semuanya berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, biarpun kami membawa watak sebagai pasangan kekasih, kami profesional. Hubungan saya dengan Raysha di luar set penggambaran pun baik-baik sahaja."
"Selepas berpisah dengan Uqasha, saya memang mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Saya tak nampak sebab mengapa saya harus memutuskan hubungan yang baik dengan mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Cintaku Di Bumi Izmir baru-baru ini.
Selain pemain watak utama iaitu Hefny dan Raysha, drama bersiri terbabit juga turut dilakonkan oleh Nabila Razali, Syafie Naswip dan ramai lagi pelakon popular.
Drama ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, tajuk drama Cintaku Di Bumi Izmir akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam di HyppSensasi (Unifi TV saluran 116) tak lama lagi.

No comments

Powered by Blogger.
a