Header Ads

Gara-gara Tidak Mahu Anak Hidup Susah, Lagi Sekali Remaja 15 Tahun Dikahwinkan Di kelantan.


Belum reda kes perkahwinan remaja perempuan berusia 11 tahun tempoh hari di Kelantan, terbaru seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan menjadi isteri kedua seorang lelaki.

Menurut laporan New Straits Times, gadis itu dinikahkah dengan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang berumur 44 di Tumpat, Kelantan. Perkahwinan itu didakwa mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.


"Tiada ibu bapa mahu melihat anaknya hidup susah. Kami tidak mahu anak perempuan kami hidup susah seperti kami, membesarkan 13 anak."

"Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan kini mempunyai kehidupan sendiri. Kami tahu dia bawah umur, tetapi kami hanya mahu yang terbaik untuknya."


"Walaupun dia telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia memohon status poligami dari mahkamah dan diberi kebenaran. Secara jujur, saya tidak keberatan apa kata orang tentang saya."

"Perkara yang paling penting ialah saya gembira dengan suami saya, dan saya akan cuba menjadikannya bahagia sepanjang hayat saya."


Anak perempuannya, yang hanya belajar sehingga ke tingkatan satu, tidak membantah perkahwinan itu. Malah dia gembira untuk berkahwin.Gadis itu, yang kelihatan ceria, berkata dia tidak teragak-agak berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun dia hanya mengenalinya selama beberapa bulan.


No comments

Powered by Blogger.
a