Header Ads

'I Memang Gila SO? Suka Laga-laga kan Orang' - Fathia Latiff Serang Michael Ang Di IG


Tidak sampai beberapa jam, teguran baik Michael Ang kepada Fathia Latiff mula menunjukkan ‘hasil’ apabila aktres itu dilihat ‘menyerang’ ruangan komen Michael dengan pelbagai kata-kata kurang enak didengar.

Michael dalam pos sebelumnya menegur tindakan Fathia yang mengaibkan Aiman Hakim Ridza dengan mendakwa aktor itu tidak membayar hutang. Namun, teguran tersebut disampaikan dengan nada bersahaja dan tidak bermaksud memalukan sesiapa.

Berhubung pos pengarah itu, Fathia mendakwa tindakan Michael tidak ‘gentle’ dan hanya cubaan untuk mendapat perhatian di Instagram. Dia kemudiannya mengajak Michael berjumpa untuk menyelesaikan masalah antara mereka.




Fathia juga turut mendakwa Michael cuba untuk menggunakan populariti aktres itu kerana tidak mendapat banyak projek daripada sebuah syarikat penyiaran.





Pengarah itu kemudiannya mengaitkan soal hutang yang dikatakan dibuat oleh Aiman adalah digunakan untuk membeli saham. Michael mempersoal kenapa pelakon itu tetap meminta duit pelaburan kerana pasaran saham mempunyai turun naiknya sendiri.

No comments

Powered by Blogger.
a