Header Ads

Ibu Pengsan, Anak Sekolah Rendah Dagunya Dengan Pagar Besi Sekolah


Seorang budak sekolah rendah yang bersekolah di SD Bungur 1, Jakarta Pusat, tertikam dagunya dengan pagar besi dan seterusnya menembusi mulutnya. Insiden ini berlaku pada hari Jumaat lepas.

Dengan masih memakai pakaian seragam sekolah, kanak-kanak tersbut menanggung kesakitan apabila orang ramai cuba membantunya. Penduduk yang melihat kejadian itu terus bersama-sama memotong pagar berkenaan dan membawa kanak-kanak itu ke hospital berhampiran.
Melalui beberapa komen netizen di akaun Instagram Mana News yang turut ada ketika kejadian itu berlaku memberitahu mangsa seorang pelajar sekolah rendah bernama Fikri dan mahu mengambil bola yang secara tidak sengaja memasuki rumah kosong bersebelahan sekolah. Entah bagaimana Fikri terjatuh dan posisinya selari dengan pagar ketika jatuh menyebabkan pagar tajam menembusi mulutnya. 
Menurut saksi di temapt kejadian beberapa rakan Fikri cuba meminta pertolongan dengan orang yang lalu lalang, tetapi sebaliknya mereka berlari kerana ketakutan.
Menurut sumber hospital Fikri berada dalam kondisi kritikal. Sementara itu, ibunya yang sejurus mengetahui kejadian terbabit terus menangis dan pengsan apabila dia mengetahui bahawa anaknya yang masih dalam kelas empat sekolah rendah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat ini.

No comments

Powered by Blogger.
a