Header Ads

Ini Dia Makanan Wajib Beli Bila Ke Pasar Malam,Nampak Sedap Pulak.

Makanan Wajib Beli Bila Ke Pasar Malam | Assalamualaikum. Hari ni nak buat entri santai je. Korang semua ada yang kaki pasar malam?  Macam Ana seminggu sekali mesti ke pasar malam di kawasan rumah Ana ni. Cuma lately ni tak berapa nak pergi sebab hujan je sebelah petang. Nama je pasar malam tapi Ana selalu pergi masa petang. Senang sikit sebab orang tak ramai so selesa sikit nak shopping makanan. Hehe. Kali ni Ana nak share Makanan Wajib Beli Bila Ke Pasar Malam.

Kalau ikut kan, setiap hari ada je pasar malam dekat area Selayang dab Batu Caves ni. Ana siap boleh hafal hari ni pasar malam dekat mana lagi. Ye lah, dah 33 tahun duduk Selayang u olls. Haruslah tahu selok belok kawasan ni kan. Hehe. Dalam banyak-banyak tu Ana suka pergi pasar malam setiap hari Khamis di Stadium Selayang. 5 minit je dari rumah. Memang sangat dekat.


Bila dah selalu pergi dah hafal juga makanan yang ada dekat sini. Biasanya Ana akan beli makanan yang sama je sebab dah tau rasa dia kan. Kebanyakan makanan tu Ana beli dari peniaga-peniaga yang dah lama berniaga di tapak-tapak pasar malam. Jom tengok apa yang selalu Ana beli. Tapi sebelum tu gambar-gambar ni Ana amik dari Google je sebab macam tak sesuai tengah berimpit beli makanan kita sibuk nak amik gambar kan.

1. Mee Goreng

Ni antara makanan yang hampir setiap minggu Ana beli. Makcik ni memang dah berpuluh tahun meniaga dekat pasar malam. Selalunya makcik ni baru je start menggoreng, pelanggan dah beratur tunggu. Dekat pasar malam Stadium Selayang ni dia dapat 2 tapak so ada 4 kawah untuk masak. Selain mee goreng ada bihun goreng, mee goreng dan nasi goreng kerabu. Selalu Ana akan beli mee goreng tambah. Harga RM3 tapi berbaloi.

2. Popia Basah

Ni pun antara kedai yang orang akan beratur panjang. Makcik ni baru buka meja orang dah start beratur. Ada 2 3 peniaga jual popia tapi Ana paling suka makcik ni punya. Popia dia tak besar tapi kulit popia dia punya lembut. Isi popia guna sayur biasa tu je tapi sos dia sedap.  Harga popia 3 biji RM2. Ana selalu beli RM4 je.

3. Yong Tau Fu

Yong tau fu ni dari bapak dia berniaga sekarang dah waris ke anak dia. Siapa yang duduk Selayang tau lah yong tau fu pakcik ni. Pun orang beratur panjang dekat kedai yong tau fu ni. Ana selalu cakap dekat bro tu nak RM10. So dia akan amikkan untuk Ana. Hasilnya tetap banyak. Kalau Ana yang amik sendiri confirm lebih dari RM10. Haha. Nak jimat minta je bro tu amikkan. Kuah yong tau fu dia Ana suka.  Manis-manis pedas. Ingat lagi masa belajar dekat Melaka dulu, frust setiap kali nak makan yong tau fu tapi takde yang sama macam pakcik ni jual. Haha.

4. Laksa

Laksa favorite makanan Ana dan suami. Sekarang ni susah nak jumpa laksa yang betul-betul sedap. Selalu ada je yabg fail bab laksa tu. Kuah terlebih masin lah, terlalu pedas lah. Tapi dekat pasar malam Selayang ada satu pakcik relax je jual laksa RM2.50 tapi Ana suka kuah dia. Tak pekat tapi sedap.

5. Kebab Campur

Ada satu kebab ni Ana suka kebab dia sejak Ana tingkatan 5 lagi. Selalu beli kebab campur (ayam + daging). Kebab dia ada juga yang guna roti hotdog tu kan tapi Ana suka guna pita. Portion kecik but still mengenyangkan. Kebab campur ni RM3 satu.

6. Nasi Kerabu

Nasi kerabu ni tak selalu Ana beli tapi bila dah tak tau nak makan apa atau bila lapar sangat, Ana akan beli nasi kerabu. Kedai nasi kerabu ni pun 2 petak juga. Macam-macam lauk dia jual. Ada nasi dagang dan nasi putih juga. Orang beratur jangan cakap. Kena pandai menyelit. Kalau tak sampai ke malam tak dapat beli. Hehe. Nasi kerabu ikut lauk yang kita amik. Selalu dalam RM5 berlaukkan daging bakar dan solok lada.

7. Jagung Rebus

Jagung rebus pula selalu Ana beli untuk jadikan sarapan esok pagi. Hehe. Senang cerita. Rebus je semula masukkan garam dan gula sikit. Dah boleh sarapan dengan kenyang. Ada beberapa harga jagung ni bermula dari RM1.50 - RM2.00. Ana selalu beli sebiji yang RM2 punya.

8. Mango Ice Blended

Ice blended ni Ana beli ikut cuaca. Kalau cuaca panas baru Ana beli. Tapi En Suami memang akan beli je sebab dia baik dengan budak yang jual ni. Budak ni pula punya baik sampai bagi diskaun. Kadang tak masuk akal. Geram kitorang. Sampai rasa tak beli je. Bayangkan 1 cup tu dia jual RM3. Bila kami beli 2 cup dia amik RM4. Mana tak geram. Kita nak bantu dia berniaga, dia suka je nak bagi diskaun. Sampai tolak menolak duit kadang-kadang tu. Haha.

9. Keropok Lekor

Bila stok keropok lekor dekat rumah dah habis, kalau setiap kali ke pasar malam wajib beli keropok lekor ni. Tapi Ana beli yang keropok keping tu sebab dah biasa makan kepok rebus Ganu kan. So kepok tebal dekat KL ni dah tak suka sangat. Kalau keropok keping tu berebut 2 beranak tu. Dalam kereta je dah boleh habis separuh.

10. Murtabak

Dekat pasar malam ni ada satu murtabak yang sejak 3 tahun ni mendapat hati penduduk Selayang. Sebelum ni ada satu murtabak yang femes di Selayang tapi rasa takde pun. Tapi bila Murtabak Gombak ni mula berniaga memang mendapat sambutan yang sangat tinggi. Murtabak dia punya lah sedap. Ana suka makan macam tu je. Tak perlu kuah dah. Esoknya bila panaskan semula pun masih lembut dan sedap. Sekarang ni brother tu siap buat yang frozen. Senang bila kita nak goreng sendiri.

11. Buah-buahan

Last sekali wajib beli buah sebab kadang harga buah dekat pasar malam lagi murah. Buah yang selalu Ana beli ialah buah delima, buah naga, epal dan jambu batu. Beli stok untuk seminggu terus.

Haa tu lah antara Makanan Wajib Beli Bila Ke Pasar Malam. Ada yang sama dengan korang tak? Kalau ada kita geng. Hehe. Tapi kalau pergi pasar malam dekat tempat lain Ana tengok juga lah. Kena make sure kebersihan kedai tu juga kan. Makanan pun kena make sure bukan yang dah terdedah lama. Bahaya. Ada yang keracunan nanti macam kes di Terengganu baru-baru ni kan. Jadi kena pandai tengok semua perkara. Yang penting sebelum makan kita hidu dan rasa sedikit dahulu. Jangan main telan je terus ok.

No comments

Powered by Blogger.
a