Header Ads

"Jamal Yakin Peguam Negara Bebaskannya Dari Pertuduhan, Selepas Peguam Negara Tarik Balik Pertuduhan Lim Guan Eng"



Jika beberapa hari lepas rakyat dikejutkan dengan berita pembebasan Menteri Kewangan dari tuduhan rasuah selepas kesnya ditarik balik oleh Peguam Negara.

Hari ini Ketua Umno Bahagian Sungai Besar pula telah menyerahkan satu surat rayuan kepada Peguam Negara agar kes mahkamah ke atasnya digugurkan.

Surat yang diberikan oleh Jamal diterima oleh pegawai khas di pejabat Peguam Negara Wasri Ahmad Sujani sebagai mewakili Peguam Negara Tommy Thomas.

Jamal turut hadir dengan ditemani oleh dua peguamnya berkata ketika ini dia sedang berdepan dengan tiga pertuduhan dengan dua lagi sedang dalam siasatan.

Antara pertuduhan yang dihadapinya adalah ceroboh premis perniagaan dan melepaskan diri daripada tahanan pihak polis.

Katanya dia yakin dengan keperihatinan dan sifat pemurah yang ditunjukkan Tommy sejak dilantik sebagai Peguam Negara, rayuannya akan diterima. Katanya dengan yakin dan percaya kepada pemberita.



 
 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a