Header Ads

'Kalau boleh nak sepasang lagi anak' - Suami Sudah Cecah 45tahun,Lisa Surihani Sedia Tambah Anak...


Sejak berkahwin, kasih sayang pelakon Lisa Surihani dengan suaminya, Yusry Abdul Halim tidak pernah pudar. Setiap gambar yang dimuat naik pasti mendapat perhatian dan pujian daripada peminat mereka.

Terbaru, pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu mengakui telah bersedia untuk menambah cahaya mata pada tahun depan. Dia dan suaminya merancang bagi mempunyai empat anak sekaligus melengkapkan kehidupan rumah tangga mereka yang dibina sejak enam tahun lalu itu.

“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudah pun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?

“Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang,” katanya.




Tambah pelakon berusia 32 tahun itu, kedua-dua anak mereka semakin meningkat dewasa dan sudah sampai masa bagi menambah ahli keluarga.

“Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki daripada Allah SWT. Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.





No comments

Powered by Blogger.
a