Header Ads

'Lepas buat extension,Tak boleh nak bukak mata' - Mata Hampir Buta Gara-gara Sambung Bulu Mata


Menyambung, melentik dan memakai bulu mata palsu seakan sudah menjadi trend baru pada hari ini. Bulu mata lentik dan lebat diakui menambahkan kecantikan si pemakai namun haruslah berhati-hati kerana gam yang digunakan boleh mengundang bahaya.

Seperti pengalaman ngeri yang dikongsi wanita ini, bulu mata original ‘botak’ gara-gara eyelash extension yang dibuat.


"Ni aku buat eyelash extension dulu. Okay je. Huwaaaaaa. Sekarang dah tak ada bulu mata dah. Allah nak tarik kejap je."

"Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tapi ni maybe Allah nak bagi warning dekat aku."

"Sumpah aku takkan buat eyelash extension lagi. Separuh buta dah aku nih. Lepas 30minit buat aku terus cari vaseline cabut balik. Punya susah nk cabut. Smpai tak ada bulu mata dah aku. Mungkin aku alergik dengan gam dia kot."


"Lepas buat extension. Mata merah berair. Pedih. Tak boleh nak bukak mata."

"Aku terus beli vaseline dekat sejam aku tenyeh vaseline dekat bulu mata. Sakit tuhan je yang tau sebab nak tarik semua bulu-bulu tu."



"At the end, habis semua bengkak. Hidung merah. Mata bengkak. Mata berair pedih sampai sekarang."



Perkongsian Nurul Adeline Daud setakat ini mendapat lebih 5k shares dan ratusan komen. Netizen ada memberitahu teknik yang digunakan tidak betul malah gam yang digunakan terlalu banyak.



Antara lain, netizen menasihatkan mangsa agar tidak lagi membuat penyambungan bulu mata seperti ini kerana ianya tidak dibenarkan dalam Islam.



No comments

Powered by Blogger.
a