Header Ads

'Makk..Mak..' - Sebak Mendengarnya,Pemuda Ini Kongsi Cerita Menyentuh Hati Ketika Bawa Jenazah


Sebelum ini, seorang pemuda pernah mencuri tumpuan netizen apabila dia menguruskan jenazah secara percuma. Mohd Zulhairi menawarkan perkhidmatan van jenazah bermula daripada memandikan sehinggakan pengebumian di seluruh Semenanjung kepada mereka yang memerlukan.

Terbaru, beliau berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika membawa jenazah seorang wanita diiringi anak dan suaminya. Sebak..

"Ya Allah, sayu hati Hery pagi ni melihat anak kecil yang baru sahaja kematian ibunya. Walaupun ibunya hanya di sebelah tetapi ibunya telah meninggal dunia. Melihat anak kecil ini tidur lena, Hery terpaksa perlahankan van jenazah supaya anak kecil selesa dan lena di samping pelukan ayahnya."

"Ya Allah selamatkan perjalanan kami, ya Allah alihkanlah hati anak ini supaya dapat menerima kehilangan ibunya kerana anak ini masih kecil. Acap kali dia memanggil ibunya..apakan daya ibunya sudah tiada. Ya Allah aku bersyukur kerana Engkau masih tidak menguji aku sebegini mungkin aku yang dewasa ini juga tidak dapat menerima kehilangan orang yang dikasihi."


"Suami arwah beritahu saya anak bongsunya kena naik sekali dalam van jenazah sebab dia rapat dengan ibunya. Dua anak yang lain naik kereta berasingan.Biasanya kalau ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, tapi saya memandu lebih perlahan daripada biasa. Bertolak dari dari pukul 2.45 pagi, pukul 6.20 pagi baru sampai."

"Salah seorang anak saya berusia dua tahun, jadi biasanya anak kecil ini tidak mahu berenggang dengan ibu bapanya bila waktu tidur. Melihat kanak-kanak itu dari cermin pandang belakang van, saya tahu dia juga mahu tidur bersama (jenazah) ibunya. Saya sebak."


Menerusi laporan mStar Online,  kejadian yang berlaku awal pagi Selasa ketika dalam perjalanan dari Hospital Putrajaya ke Kuala Kangsar itu untuk urusan pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat demam denggi. Pemuda berusia 34 tahun ini berkata, jenazah ditemani suami dan seorang daripada tiga anaknya dalam perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam itu.


Mohd Zulhairi yang berpengalaman sebagai pemandu van jenazah sejak lebih dua tahun berkata, bapa kanak-kanak itu keletihan dan anak perempuannya dalam lingkungan tiga tahun pula didakapnya sepanjang perjalanan.

 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

"Saya sedang memandu ditemani rakan setugas, tiba-tiba anak kecil ini terjaga dari tidur dan memanggil ibunya, mak… mak… sedangkan ibunya ada di sebelah (dalam keranda). Apa yang saya perlu lakukan, ayahnya sedang tidur keletihan dan ibunya sudah pergi menemui Ilahi. Sayu saya dengar suara dia sayup-sayup, rasa nak menitiskan air mata."

"Tapi awal pagi tadi adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan keadaan seorang anak kecil yang menemani jenazah ibunya di dalam van yang saya pandu. Melihatkan keadaan itu, ia menjadi peringatan untuk saya sendiri bahawa setiap insan yang hidup di dunia suatu hari akan pergi juga (menemui Ilahi). Selagi mereka yang disayangi itu hidup, jagalah mereka sebaik-baiknya."



No comments

Powered by Blogger.
a