Header Ads

'Melayu gak kena petik' - Perlekehkan Bangsa Sendiri, Netizen Bengang Dengan Status Ismail Izzani..


Penyanyi Ismail Izzani meluahkan rasa kecewanya terhadap senario industri muzik tempatan yang gemar memburukkan nama orang lain terutamanya bangsa mereka sendiri.

Katanya, kebanyakkan orang melayu yang terlibat di dalam industri ini hanya ingin mencari keburukan semata-mata kerana mereka gemar melihat bangsa mereka jatuh.

Terdahulu, rasa kesal tersebut telah disuarakan oleh Ismail menerusi IG story miliknya.

“Dalam dunia industri ni semua memang nak cari keburukan sebab semua bangsa Melayu nak jatuhkan bangsa mereka sendiri,” tulisnya.


Dalam pada itu, di ruang komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan penyanyi itu kerana mendakwa segala kontroversi yang melanda Ismail ketika ini adalah adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri.

Diharap semua pihak dapat memberi ruang kepada Ismail untuk memperbetulkan kesilapannya itu dan tidak memanjangkan lagi isu ini bak kata pepatah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.



No comments

Powered by Blogger.
a