Header Ads

Netizen Meluat Hanya Jual Baju Je Boleh Jadi Kaya ,Akhirnya Wanita Ini Dedah Kisah Sebenar..



Hari ini kaki share ingin kongsikan kisah Wanita ini menempuh parit getir dalam perniagaannya.
Saya nak cerita serba sedikit tentang diri ini. Saya dilahirkan di BELANDA sebab ayah bekerja di sana. Masa umur 9 tahun (2002) saya telah dihantarkan balik ke MALAYSIA setelah pemergian arwah papa saya. Kami terpaksa berpisah dengan mama. Tiga beradik telah dihantar pulang ke Kampung di KELANTAN.

Ini kerana tiada siapa yang mampu membimbing kami adik beradik di sana. Selepas itu,mama saya telah menjumpai jodoh baru dan telah berkahwin semula. Ketika itu, mama telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia dan tinggal bersama kami.

Semasa diploma pada tahun 2011, Saya mula berdikari dan mencari wang sendiri. Saya pernah meniaga makanan dari 1 level ke 1 level asrama bersama rakan saya dengan menjual roti sandwich telur dan air kotak. Itulah permulaan perniagaan saya. Walaupun keuntungan yang diperolehi sedikit tapi ia agak menyeronokkan. Ketika itu, bagi saya keuntung RM1 pun sudah banyak.



Pada tahun 2013, bermulalah saya menceburi perniagaan baru iaitu menjual baju preorder. Saya mencari supplier dan 'try and error' dengan modal rm100 sahaja. Saya menjual baju preorder di instagram. Ketika itu, saya membuka account instagram fashionstailistaa. Walaupun saya agak takut akan kerugian tapi saya terpaksa berani untuk mencuba perkara baru. Tanpa ilmu perniagaan online iaitu dari zero knowledge saya belajar semua sendiri. Saya melihat orang lain meniaga dan mencuba perkara baru. Saya juga pernah menyertai meniaga secara 'carbooth'  dan buka booth di event.

Bagaimanapun dengan usaha yang saya cuba akhirnya saya mengalami kerugian yang pertama kalinya. Barang yang saya order tidak sampai. Ketika itu, saya sangat down. Saya stop membuat business seketika dan hanya bekerja di kedai kasut clarks  setiap cuti semester. Saya akan pergi ke sana untuk kerja dan sabtu ahad pun saya akan pulang ke rumah untuk bekerja.

Akhirnya saya telah tamat diploma saya pada tahun 2014. Saya bermula meniaga iphone dan mencari kelainan kerana ramai sangat menjual pakaian. Saya merasa yang fashionstailistaa memerlukan kelainan untuk terus maju. Tetapi perniagaan baju saya masih tetap berjalan seperti biasa .Malahan dengan cara itu, saya jugak telah sambung belajar ke peringkat degree.



Mama banyak membantu saya diwaktu itu. Dengan perniagaan ini, saya juga pernah mengalami kerugian sebab bungkusan hilang ketika post dan saya terpaksa menggantikan balik. Walaupun agak sedih kerana keuntungan saya hilang sekelip mata tapi waktu itu saya tidak lagi mengalah. Terus meniaga dan mencari keuntungan semula dengan tanpa berputus asa.

Pada awal tahun 2016, saya bermula membuat perniagaan preorder iphone. Ketika itu, saya telah ditawarkan oleh kawan saya yang dikenali dalam group perniagaan untuk membuat perniagaan ini kerana harganya murah dan keuntungan yang tinggi.

Walaupun keuntungannya tidak banyak, saya mula menjual iphone preorder tapi satu barang tidak pernah sampai ditangan saya. Malahan terasa tertipu ketika itu dan saya agak tertekan kerana sering di tanya oleh pelanggan. Janji kosong hanya diberi oleh kawan saya. Bila berjumpa dengannya dan berbincang untuk membayar saya balik tetapi pelbagai alasan diberi.



Saya terasa diri ini mahu berputus asa dalam fashionstailista. Setiap malam menangis memikirkn masalah ini, fikir apa yang perlu dibuat semasa itu. Namun, kawan hanya memulangkan wang sejumlah 10 ribu. Terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM81,9000.00 ribu pada pelanggan.

Saya mengeluarkan sedikit duit simpanan saya dan rolling duit keuntungan untuk membayar balik duit pelanggan. Turut berjanji pada mereka untuk memulangkan kesemua duit mereka sebelum tahun 2017.

Sejak bulan 10 tahun 2016, saya telah membuka kiosk pertama di plaza Alam Sentral Shah Alam. Pernah terfikir menyesal kerana membuka kiosk itu kerana takut dengan halangan yang akan saya lalui dan beban hutang yang ditanggung. Malah untuk mencari pekerja sangat takut kerana takut tidak dapat membayar mereka. Cuba perolehi pekerja dengan hanya mendapatkan seorang sahaja pekerja 'part time'  dan turut bekerja sendiri.Beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan sendirian menjaga kedai tersebut.

Keuntungan yang diperolehi ini membolehkan saya membayar semua hutang pada pelanggan sebelum masuk tahun 2017. Barulah dapat berasa tenang dengan perniagaan sendiri dan telah menambah kan pekerja baru di kiosk tersebut. Alhamdulillah dengan usaha sendiri terasa diri ini seperti seorang boss dan tidak perlu bersusah payah lagi. Oleh itu, dengan jatuh bangun kita akan percaya pada Allah dan cara hidup telah diaturkan.



Allhamdulillah!! Malahan, dengan rezeki yang telah diperolehi itu juga dapat membuka kiosk tersebut dan juga turut membeli sebuah rumah pada tahun 2017.Itulah hasil kesungguhan yang saya perolehi.

Bulan ramadhan pun menjelma pada tahun 2018, telah menambahkan satu lagi cawangan di situ iaitu sebuah kedai. Sekarang, masih dalam process perkembangan untuk lebih maju. Akhirnya saya berjaya memilki kereta idaman. Kisah hidup ini banyak mengajar dan membantu diri ini untuk berdikari tanpa berputus asa.

Sekiranya anda diluar sana ingin mengetahui lebih lanjut lagi boleh lah layari instagram saya  disitu boleh anda semua tengok koleksi mana tahu ada yang berkenaan dihati anda kan.

No comments

Powered by Blogger.
a