"Pelakon Popular Hollywood " - Mesti Korang Kenal Siapa Pelakon Wanita Ini
Freida Pinto, salah seorang aktres Bollywood yang telah berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat dengan tegas berkata dia akan menolak untuk berlakon di bawah arahan pengarah yang pernah terlibat dalam jenayah seksual itu.
“Saya tidak akan berlakon dengan seorang pesalah seksual. Alangkah bagusnya jika saya boleh berbuat demikian di industri perfileman Bollywood.
“Anda semua tahu bagaimana cara wanita di India dilayan. Saya tidak rasa akan ada wartawan yang berani membongkar perkara sebegitu seperti yang dilakukan wartawan di luar negara,” katanya.
Tahun lalu, seorang wartawan di The New York Worker, Ronan Farrow telah membongkar jenayah seksual yang sering dilakukan penerbit dan pengarah di Hollywood. Salah seorang daripadanya ialah penerbit popular Harvey Weinstein.
Sejak pembongkaran itu, ramai aktres tampil memberi kenyataan bahawa mereka pernah dicabul Harvey sepanjang bekerja di bawahnya.
Antaranya, seperti pelakon Gwyneth Paltrow, Ashley Judd, Jennifer Lawrence, Uma Thurman and Alyssa Milano.
Post a Comment