Header Ads

Timbalan Menteri Beri Kenyataan Rasmi

Terkini Timbalan Menteri Dalam Negeri, iaitu Datuk Mohd Azis Jamman, lantas terus memecat seorang pegawainya susulan lelaki terbabit didakwa merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata dan di kesan melalui CCTV kedai berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan telah tertera tarikh 8 September 2018 pada rakaman itu dibuat.
Timbalan Menteri iaitu Mohd Azis, menerusi kenyataan di laman Facebook beliau malam ini, berkata beliau telah pun mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang telah viral di dalam media sosial membabitkan tindakan dan perilaku individu yang tidak bertanggungjawab itu bersamanya ketika pemeriksaan mata dijalankan di sebuah kedai cermin mata.

Pandangannya, beliau sangat memandang serius atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab terbabit yang telah dengan sengaja membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa disedari ketika pemeriksaan mata dijalankan oleh petugas kedai itu.

"Bagi saya tindakan dan perbuatan sedemikian adalah sangat terkutuk dan keji. Saya juga telah mengambil keputusan dengan bertindak tegas terhadap pegawai yang membuat rakaman itu dengan tindakkan yang sewajarnya.

"Setelah pertimbangan dibuat, keputusan untuk memecat pegawai itu dibuat serta-merta kerana tindakan melampau tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri," katanya.
Mohd Azis turut memohon maaf atas tindakan pegawai terbabit dan menegaskan ia tiada kena mengena dengan pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang bertugas dengannya ketika ini.

Viral Semalam, seorang petugas wanita di kedai cermin mata telah membuat laporan polis selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Azis Jamman telah merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di kedai terbabit.

Melampau, video perbuatan keji lelaki yang merakam bahagian bawah skirt wanita berkenaan selama 1 minit 46 saat itu  telah turut di muat naik dalam laman sosial Facebook sehingga tersebar.

Mangsa iaitu petugas kedai, yang hanya mahu dikenali sebagai Khee, 30, telah pun berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau membuat pemeriksaan mata timbalan menteri berkenaan tempoh hari di kedai.

Katanya kepada wartawan, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Mohd Azis, lelaki berkenaan mengubah kedudukan kerusi yang di duduk dan duduk rapat menghamipirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit dan mangsa tidak perasan.

“Pada ketika itu saya merasa amat tidak selesa dan telah berasa curiga dengan tindakannya, namun membiarkannya sahaja kerana menjalankan tugas pemeriksaan mata terlebih dulu.
“Namun perasaan itu menjadi kenyataan, perasaan curiga saya itu betul apabila mendapati lelaki itu sedang merakam bahagian dari bawah skirt saya berdasarkan semakan rakaman CCTV di kedai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khee telah pun berkata, beliau terkejut dengan rakaman itu dan terus membuat laporan polis di balai berdekatan.

Pada sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan telah pun menerima laporan daripada wanita berkenaan dan sedang menyiasat kes itu di bawah undang-undang yang sedia ada.

No comments

Powered by Blogger.
a