Header Ads

"RM618,000 Sebulan Untuk Ronaldinho, Seperti Harga x6 Honda Civic"


Nampaknya harga untuk memiliki bekas pemain bola sepak Barcelona dan juga lagenda bola Brazil untuk beraksi secara kompetitif adalah seperti 6x Honda Civic dibayar cash !! 

RM618,000 sebulan itulah harga yang perlu dibayar untuk memiliki Ronaldinho. ada sumber yang memberitahu kepada mereka mengenai berapa jumlah bayaran yang akan mengubah fikiran Ronaldinho untuk keluar daripada persaraan dan kembali beraksi.

Menerusi maklumat yang diperolehi, saya dimaklumkan gaji untuk khidmat Ronaldinho dianggarkan AS$150,000 sebulan (RM618,000) dan saya kira ia boleh dianggap berpatutan dengan reputasinya walaupun dia sudah menghampiri usia 40 tahun.

Jika ada pihak berminat dan boleh menawarkan gaji setinggi itu, mungkin Ronaldinho sedia untuk mempertimbangkan tawaran itu dan kembali beraksi secara kompetitif.

Namun, berkemungkinan permintaan gaji yang dilihat begitu tinggi itu menyebabkan sebuah pasukan yang cuba memancing khidmatnya sebelum ini terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain itu,” katanya ketika dihubungi.



Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menunjukkan hasrat bahawa mereka mahu membawa masuk Ronaldinho bagi beraksi bersama Perak musim hadapan. Meskipun dipandang sebagai bahan jenaka, namun presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata keputusan itu tidak mustahil berikutan Ronaldinho pernah menyatakan hasrat untuk menyertai pasukan di negara ini tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Akan tetapi, PAFA terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan bekas pemain terbaik dunia itu kerana kekangan kewangan. PAFA kemudiannya memutuskan mahu membawa masuk dua pemain Cardiff City secara pinjaman bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Jumlah bayaran untuk sebulan bagi mendapatkan khidmat Ronaldinho yang didedahkan oleh sumber di atas tidak mengejutkan kerana beliau merupakan bekas pemain terbaik dunia dan sudah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat kelab dan juga negara.Yang paling gemilang adalah trofi Piala Dunia 2002 dan juga Liga Juara-Juara Eropah edisi 2006/2007.

Apa pendapat anda mengenai bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho ? Adakah jumlah tersebut munasabah ? Dan pasukan Liga Malaysia manakah yang mampu untuk membayar jumlah tersebut ?

No comments

Powered by Blogger.
a