Header Ads

Rosmah Dakwa Album Nyanyiannya Kutip Jutaan Ringgit ? Lihat Video Ini

Memetik laporan sebuah portal Antarabangsa yang berpengkalan di Australia, memetik tulisan Rosmah Mansor, dalam sebuah buku autobiografi dirinya mendakwa kononnya beliau meraih jutaan ringgit, hasil jualan album nyanyiannya.

Dalam tahun 2013, dalam autobiografinya, "Biographi Rosmah Mansor", beliau yang pada ketika itu merupakan wanita pertama menjawab kritikan terhadap tabiat perbelanjaannya dengan menulis "Saya membeli sedikit berlian dan pakaian menggunakan duit saya sendiri. Apa masaalahnya?"
Di dalam buku itu Rosmah berkongsi penjelasan tentang bagaimana dia meraih dan menyimpan begitu banyak wang, termasuk hasil jualan albumnya.

Katanya, dia merupakan seorang akauntan yang berbakat semulajadi dan telah menerbitkan album rakaman suaranya sendiri, dan meraih jutaan ringgit.
Ia (album itu) tidak dilancarkan kepada umum, tetapi telah dibeli oleh menteri-menteri kerajaan yang merupakan peminat fanatik bakat nyanyiannya.

Datin Seri Rosmah pernah juga menghasilkan single bersama Mawi antara penyeanyi lelaki terpilih oleh Datin Seri. Kemudian beliau pernah merakamkan lagu if tomorrow never comes yang mana lagu ini pernah dipopularkan oleh Ronan Keating pada suatu ketika dulu.

Sumber  Ini Di Ambil dari : Milo Suam


No comments

Powered by Blogger.
a