Header Ads

Macam ni pun ada..


PENYANYI Syura Badron berang dan mendedahkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan sugar daddy atau golongan lelaki 'poket tebal'.

Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, berkata ia bukan kali pertama berlaku dan menganggap perkara itu sebagai satu penghinaan buat dirinya.

"Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan sugar daddy.

"Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.

"Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?," ujarnya kepada mStar Online.


Mesej yang diterima penyanyi lagu Bakawali itu menawarkan perkhidmatan mereka sebagai ejen untuk berkenalan dengan sugar daddy atau sugar mummy yang kaya di seluruh Malaysia.

Syura berkata, biarpun kehidupannya tidak mewah, namun dia tidak perlu menggunakan jalan mudah untuk hidup senang.


Katanya, dia juga sudah hidup berdikari sejak berumur sembilan tahun.

"Walaupun seburuk mana kehidupan saya, sugar daddy tidak berada dalam senarai saya untuk selesaikan masalah.

"Sejak sembilan tahun saya sudah menyanyi dan meniaga untuk bantu keluarga, tidak terlintas langsung untuk cari sugar daddy,” katanya.


Sementara itu, Syura berharap tiada lagi tawaran sama ada di laman sosial atau orang yang dikenali menawarkan perkara negatif seperti ini.

Katanya, perkara itu dilihat hanya sebagai mempersendakan wanita terutamanya ibu tunggal yang boleh berdikari.


"Jangan pandang serong wanita boleh hidup dan cari rezeki yang halal. Saya faham kadang-kadang kehidupan seorang artis bila orang nampak kita tiada kerja dan hidup selesa mulalah fikir ke arah itu," ujarnya.



No comments

Powered by Blogger.
a