Header Ads

'Seksinya Nora,Jaga aurat tu' - Serupa Mat Salleh, Netizen Terseksa Tengok Penampilan Nora Danish

Setiap pasangan suami isteri pasti memerlukan sedikit ruang untuk meluangkan masa bersama selepas sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Begitulah yang dilakukan oleh pasangan Nora Danish dan suami tercinta, Nedim Nazri baru-baru ini yang telah bercuti ke Langkawi bersama putera sulung mereka, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl.



Pelakon sitkom Puteri telah memuat naik beberapa gambar ketika bercuti di sana dan apa yang menjadi isu apabila dia berkongsi gambar yang agak menjolok mata.



Gambar tersebut kelihatan mendedahkan bahagian belakang badannya yang tidak memakai pakaian dalam dengan pemandangan matahari terbenam.







Peminat dan pengikutnya menegur cara pemakaian wanita berusia 36 tahun itu dengan mengatakan perlu menutup aurat serta memenuhi ruangan komen dengan ayat-ayat perli. Apa pun bila dah jadi selebriti, agak-agak sikit ya kalau nak berkongsi gambar seksi tu. Nanti kena kecam, takut depresi pulak. 


No comments

Powered by Blogger.
a