Header Ads

Straw Lepas Ni Diharamkan, Jadi Siapa Yang Acah Kaya Selalu Minum Dengan Straw Back To Normal


Sudahkah anda warga Wilayah sekalian bersiap sedia dengan pengharaman Straw pada tahun tahun? Ini selepas satu peraturan baru telah dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan akan perkara ini. 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, tempoh untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

Kepada para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000.  Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.

Sebelum ini, restoran makanan segera, Mcdonalds serta beberapa outlet besar seperti IKEA telah memulakan inisiatif ‘mengharamkan’ penyedut minuman kepada pelanggan.

Pada 27 April 2016, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mula melaksanakan penggunaan produk biodegradasi ke­rana penggunaan pembungkus makanan plastik dan polisterina boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan serta mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal yang tinggi.

Justeru itu, pihak kementerian turut dalam prosesmemasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik itu sebagai salah satu daripada syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.

Perkara ini dilaksanakan adalah untuk mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan alam sekitar. 

No comments

Powered by Blogger.
a