Header Ads

"Tak baik buat fitnah,saya lagi kacak dari dalam foto lucah tu" - Alif Nafi Foto Lucah Mirip Dirinya


Bekas vokalis kumpulan The Alif iaitu Aliff Hassan menafikan dirinya adalah individu dalam foto lucah yang tersebar di laman sosial Twitter sejak malam Isnin.

Alif berkata, dia tidak tahu motif sebenar akaun tersebut berbuat demikian berikutan dia sudah tidak aktif dalam industri selepas kumpulannya dibubarkan Mei lalu.

"Gambar itu bukan saya pun, saya lagi kacak dari dalam foto lucah itu.

"Takda kerja saya nak buat perkara tidak senonoh itu. Saya jarang baca media sosial jadi tidak tahu pula ada tersebar benda-benda sebegini,” ujarnya kepada mStar Online.


Sebelum ini, foto lucah yang didakwa milik anak saudara kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dimuat naik sebuah akaun gosip di Twitter sejak Isnin lalu.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia enggan melayan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.


"Tak baik buat fitnah. Saya pun sudah bersara dari industri seni ni,” ujarnya.

Kumpulan The Alif yang ditubuhkan lapan tahun lalu itu mengumumkan pembubaran pada 18 Mei 2018 atas sebab tertentu.




No comments

Powered by Blogger.
a