Header Ads

Tertuduh Sebak!! Tiada Jeritan Kedengaran..Cuma Mengalir Air Mata Selepas Disebat.


Pasangan ini menerima enam sebatan dihadapan kira-kira 100 orang saksi termasuk ahli keluarga.Sepasangan lesbian telah dijatuhkan hukuman sebat kerana telah ditangkap melakukan hubungan sejenis pada April lalu di Dungun, Terengganu.

Apa yang lebih mengerunkan lagi apabila terlihat kelibat seorang pegawai penjara wanita sedang memegang sebatang rotan, setia menunggu di hadapan bilik Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Tiada sebarang jeritan yang keluar dari mulut pasangan ini sebaik saja sebatan hinggap di anggota badan. Hal ini kerana pegawai penjara itu perlu ikut prosedur yang ditetapkan dimana ayunan tangan dan rotan tidak melebih kepala pesalah.

Tertuduh yang berusia 32 tahun itu ternyata mengalirkan air mata selepas selesai hukuman enam sebatan terhadapnya. Manakala, tertuduh berusia 22 tahun pula kelihatan sebak pada sebatan ketiga dan hukuman terpaksa dihentikan buat seketika.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Walaubagaimanapun, kedua pesalah ini dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,300 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar wang denda itu. 


Bagaimanapun, mereka tidak mengemukan sebarang rayuan sehinggalah tempoh rayuan tamat.Pasangan ini diberi peluang untuk membuat rayuan atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari.

Selepas mendapat pengesahan terhadap kesihatan masing-masing, mereka akur menerima hukuman enam sebatan itu. Lalu, mereka dibawa masuk ke sudut bilik mahkamah dan duduk di atas kerusi membelakangi saksi kejadian. Hukuman sebatan tersebut kira-kira tiga minit seorang.

No comments

Powered by Blogger.
a