Header Ads

TM Malaysia Punca & Sebab Kenapa Harga Jalur Lebar Mahal Lapor Bank Dunia


Syarikat Telekom Malaysia sememangnya memain peranan penting sejak daripada mula diperkenalkan. Bermula dengan menawarkan servis panggilan telefon sehingalah kepada penawaran jalur lebar internet pantas.

Walaubagaimanapun, dominasi syarikat Telekom Malaysia nampaknya turut membawa kepada peningkatan harga jalur lebar berdasarkan laporan daripada Bank Dunia.

Ini disebabkan oleh penguasaan 92% penawaran jalur lebar daripada Telekom Malaysia ini secara tidak langsung berjaya mendesak pengguna untuk membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan servis daripada mereka.

Servis daripada TM selaku pemilik tunggal turut melihat syarikat ini mengenakan cas jauh lebih tinggi berbanding harga yang dikawal selia bagi perkhidmatan jalur lebar lain sekitar Asia Tenggara.

Setakat ini, pihak kerajaan baru-baru ini sudahpun berbincang bersama beberapa syarikat jalur lebar serta telco dalam menawarkan harga berpatutan.

Terbaru TM telahpun menawarkan pakej Unifi Basic dan Unifi Turbo dalam menawarkan harga yang lebih baik berbanding sebelum ini buat pengguna jalur lebar internet. Buat kawasan sekitar yang tidak mempunyai jalur lebar, pergantungan kepada pakej TM Streamyx amatlah diperlukan.

No comments

Powered by Blogger.
a