Header Ads

(VIDEO) Lihat Aksi Bersepah Janna Nick Kawad,Korang Jangan Gelak Pula Lepas Tengok??


Pelakon Janna Nick kini ditauliahkan sebagai leftenan dalam sebuah majlis pentauliahan yang berlangsung semalam.

Melalui video yang tular, Janna Nick dilihat siap sedia untuk berkawad dan juga bergembira bersama para tentera yang bersama dengannya dalam majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37 yang penuh dengan adat istiadat.

Jangan risau, semua itu ialah sebahagian daripada lakonan Janna Nick dalam sebuah drama terbitan JS Pictures bertajuk Leftenan Zana.

Drama tersebut kini giat menjalani penggambaran dan bakal mengisahkan watak Janna Nick sebagai Leftenan Zana.

Sementara itu, Pengarah dan penerbit Jinggo berasa tercabar apabila drama yang sedang dalam penggambaran berjudul Leftenen Zana lakonan Janna Nick mendapat kritikan netizen.

Jinggo atau Azman Yahya berkata, komen-komen kritikan yang diterima itu akan menjadi pembakar semangat kepadanya untuk memberi kelainan dalam drama itu.


“Kalau anda tujukan komen pada drama Leftenan Zana , saya akan jadikan pembakar semangat dan cuba beri kelainan cerita tentera pembuka layar 2019 di TV3 ini.

“Terima kasih untuk semangat datangnya daripada orang Melayu untuk orang Melayu,” ujarnya.

Jinggo turut memuat naik paparan skrin kritikan netizen terhadap drama tersebut yang dikatakan bakal menjadi drama tipikal yang hanya berkisarkan tentang cinta semata-mata.

“Beriya nak ikut tuntutan watak konon, pakai seragam bukan main, alih-alih jalan cerita hanya berlegar di kawasan kem tentera sambil kepit topi. Selepas itu adalah seorang dua askar lalu lalang dekat belakang. Leftenen asyik cerita pasal cinta-cintun,” ujar netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan kritikan tersebut dan berharap drama berkenaan bukan seperti tipikal drama.


Mereka juga meminta produksi membuat kajian terlebih dahulu dengan pihak berkaitan agar tidak berlaku sebarang kesilapan.


“Saya setuju dengan komen itu, tolong pastikan kalau pakai uniform itu betul-betul jangan sampai pingat merapu. Produksi buat kajian dahulu betul-betul,” ujar mereka.

Tomton video penuh janna nick berkawad di bawah. Jangan gelak taw.

No comments

Powered by Blogger.
a