Header Ads

(Video) Pandai Betul Kau Berlakon Kan... Keluar Penjara Nanti Boleh Jadi Retis Bro Jangan Penyamun



Kelmarin telah tular satu video rakaman yang menyaksikan 2 remaja bertindak berani meragt seorang wanita berusia 37 tahun di sebuah dobi perkhidmatan 24 jam. Dua remaja bersenjatakan parang itu telah merompak sebuah kedai runcit selepas menyamun mangsa di dobi. Menurut laporan Metro, hasil ragut suspek kira-kira RM14, 500.

Suspek kononnya bertanya kepada mangsa mengenai bajunya telah hilang tetapi sebaliknya yang berlaku…

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitendan Sazalee Adam berkata suspek masuk ke dalam premis berkenaan dan berpura-pura tanya mengenai baju yang dibasuhnya konon hilang. Dengan sekelip mata, suspek menghampiri wanita itu dan merampas beg tangan menyebabkan mangsa terkejut.

Suspek kemudian mengacu sebilah parang ke arah mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan menyerahkan beg tangan sebelum seorang lagi lelaki masuk dan merentap rantai emas di leher, gelang tangan, dua cincin serta telefon bimbit selain turut mengambil kunci kereta Proton Persona wanita terbabit. Mereka kemudian melarikan diri menaiki kereta Proton Iswara Aeroback kelabu yang menunggu di depan kedai.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani selepas kerugian RM10,000.

Wajah kedua-dua suspek mula tular di media sosial selepas kejadian berkenaan dirakam CCTV di kedai dobi terbabit.

Sazalee berkata, kejadian kedua berlaku 15 minit kemudian di kedai runcit 24 jam di Taman Ria apabila suspek sama masuk ke dalam premis itu dan berpura-pura ingin membeli kad pra bayar telefon.

“Pekerja lelaki berusia 19 tahun kemudian mahu mengambil kad pra bayar itu sebelum seorang lagi suspek masuk terus ke kaunter pembayaran dan mengacu pisau panjang ke leher mangsa serta memaksanya membuka laci wang.

“Mereka merampas wang tunai dan beg, namun mangsa sempat menekan butang siren kecemasan di bawah laci menyebabkan suspek panik dan terus berlari keluar masuk ke dalam kereta sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek merampas wang tunai RM1,500, tiga telefon bimbit dan beg silang mangsa yang mengandungi dua telefon bimbit membabitkan kerugian RM4,500.

Menurutnya, siasatan dan rakaman CCTV mendapati suspek adalah orang sama dan usaha memburu mereka sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

No comments

Powered by Blogger.
a