Header Ads

'Wayang win,Masjid miskin' - PU Amin Banding Kutipan Filem Dengan Tabung Masjid, Netizen Kecam Lagi..


Baru-baru ini, PU Amin menerusi Twitter membandingkan hasil kutipan filem Hantu Kak Limah dan sedekah di masjid. Menurutnya, dalam masa 15 hari sahaja filem tersebut telah mendapat 2.4 juta penonton dengan purata keuntungan RM36 juta.

Pengguna Twitter walaubagaimanapun tidak bersetuju dan mengkritik perbandingan yang dibuat PU tersebut.

Jangan lah marah marah dekat FB , pasal minta bersedekah lebih di Masjid pun kena kecam teruk , kalau tak nak ikut apa yang saya kata terpulanglah , bukan saya kata wajib ikut, saya keluarkan pandangan dengan istilah ‘Kita’ , bermakna kelemahan untuk menyumbang bagi saham akhirat adalah dari kita semua . Bukan saya kata korang , anda atau kamu..



Marah sangat dekat FB dekat Twitter pasal banding untung wayang dan derma masjid pun sampai memaki hamun manusia lain. Macam macam gelaran saya dapat . Dulu pakai ‘aku’ kata garang , dah tukar saya pun kata kasar lagi , korang ni comel lahhh. Semua tak betul ya. Tak apalah , saya maafkan semua yang kecam , hina , gelar , maki saya . Saya doakan Allah swt masuk kan anda ke Syurga.






Saya tak pernah koyak , tisu dan hiraukan komen komen anda semua , saya still move on untuk dakwah , tapi nyata korang akan sakit hati bila saya terus kuat dan tersenyum bukan? Saya tak akan down dan putus asa untuk dakwah , buat lah apa pun , selagi nyawa dan roh di badan , selagi itu saya menegur dan mengajak manusia berfikir..



Lagipun saya tak dapat nak jawab semua hinaan , makian dan cercaan anda , FACEBOOK saya masih kena block , berbaki 6 hari untuk aktif..

Kalau tak puas hati jangan jadi keyboard warrior , datang lah ceramah dan kuliyah saya , tanya soalan dan ajukan pandangan bersama , kita muhasabah dan berubah sama sama..

Asyik kata saya tunggang agama je , baik tunggang agama , agama bawa ke syurga , dari tunggang dunia ? Nak bawa ke mana ? ..

Namun hari ini saya teruskan dakwah , adik adik ravers tiktok sekolah ini semua sayang saya. Pelajar pelajar SMK Alam Megah Shah Alam Melayu India Cina semja geng saya , apa lah sangat 2-3 ketul kecaman di FB berbanding ribuan yang menyayangi . Cehhhh.

No comments

Powered by Blogger.
a