Header Ads

8 TIPS DAN TEKNIK PEMAKAIAN YANG BETUL UNTUK LELAKI



Pemakaian adalah lambang personaliti seseorang individu. Tak kira lelaki atau perempuan kena ambil tahu perkara ini ok! Penting sangat tidak kira kita pelajar, orang bekerjaya, suri rumah, dan sebagainya. Apa yang kita pakai, itu lah diri kita. Orang luar yang tak kenal kita dan bila lihat apa yang kita pakai dari hujung rambut ke hujung kaki sangat lah perlu dititikberatkan. Takut kan jika ada orang punya perspektif buruk tentang diri kita ?


Jadi, adakah boleh jika kita memperagakan baju ikut citarasa tersendiri tanpa tahu kriteria pemakaian baju dan seluar yang sesuai? Terutamanya kaum lelaki lah kerana lelaki pakaiannya sangat mudah untuk dipilih berbanding perempuan tapi betul atau tidak cara anda peragakan?. Jom kongsi ilmu!

1. Cara pemakaian kod yang betul untuk lelaki bekerjaya


Nak butang baju pun ada cara yang betul. Jika pakai kod yang ada 2 tempat rumah butang, rumah butang atas sekali adalah WAJIB dibutang manakala rumah butang di bawahnya DILARANG SAMA SEKALI untuk dibutangkan pada rumahnya.

Macamana pulak jika ada 3 rumah butang ? Rumah butang yang tengah-tengah sahaja WAJIB dipasang butang ya!

2. Cara pemakaian yang betul untuk bersantai (jalan-jalan) bagi kaum lelaki


Ini pilihan untuk kaum lelaki sama ada gemar untuk memakai seluar pendek atau panjang semasa keluar rumah.

3.  CARA PEMILIHAN WARNA KEMEJA YANG BETUL UNTUK DIPADANKAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN WARNA SELUAR


Cuba semak balik betul ke selama ni pilihan warna kemeja pilihan korang ke tempat kerja atau majlis-majlis tertentu ? Jadi mulai sekarang boleh ikut tips ini walaupun ada pelbagai warna seluar anda!


4. TIPS PEMAKAIAN TALI LEHER

5. CARA PEMAKAIAN STOKIN DAN KASUT YANG TEPAT

Kemeja dah kemas dan sedap mata memandang apabila dipakai, seluar juga sepadan dengan warna dan jenis kemeja, stokin dan kasut bagaimana nak pilih ? Jom kita sama-sama belajar apa jenis kasut dan stokin yang sesuai untuk dipadankan!

Ada 4 jenis stokin dan masing-masing ada maksud yang tersendiri mengikut pakaian yang kita nak peragakan. Pastikan ikut cara ini ya supaya nampak lebih kemas dan bergaya!

6. CARA PILIH KASUT SESUAI UNTUK SI PEMAKAI YANG TIDAK GEMAR MEMAKAI STOKIN

Tiada masalah jika anda tidak suka memakai stokin, kerana ada pelbagai jenis kasut yang sesuai untuk si pemakai macam tips di atas ni berserta dengan baju yang di gayakan.

7. CARA PEMAKAIAN TALI LEHER YANG BETUL

Pakai tali leher pun ada tips juga. Jika salah pakai tak ikut cara, malu juga jika kita menghadiri majlis-majlis formal dan ada yang menegur. Jadi jom kita ubah ikut cara yang tepat!

8. CARA TEPAT UNTUK PADANKAN KASUT DAN KOD(SUIT)


No comments

Powered by Blogger.
a