Header Ads

SUSPEK KES LANGGAR LARI DI CYBERJAYA DISAMBUNG REMAN SEHARI LAGI




Gambar di atas adalah suspek kes langgar lari warga Libya (kiri) disambung reman selama sehari oleh Mahkamah Sepang hari ini.


Viral baru-baru ini video kejadian langgar lari di Cyberjaya oleh beberapa warga asing lelaki dan seorang wanita tempatan. Kini, suspek langgar lari itu disambung reman sehari.


Seorang penuntut universiti swasta terlibat dalam kes langgar lari yang melibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya minggu lepas disambung reman sehari lagi sehingga esok.


Perintah sambung reman terhadap lelaki warga Libya berumur 24 tahun itu dipercayai memandu kereta semasa kejadian dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang.


Ada 3 lagi suspek kes sama yang turut direman sejak Jumaat lalu dibebaskan hari ini dan semalam dengan jaminan polis.



Semoga kes ini dapat di selesaikan segera dan pesalah yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal terhadap perbuatan kejam mereka melanggar mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31.

(Source: http://www.utusan.com.my)

No comments

Powered by Blogger.
a