Header Ads

15 Makanan Ini Pasti Takkan Buat Berat Badan Anda Naik !



Malaysia adalah pencatat kadar obesiti yang agak tinggi. Orang Malaysia sangat suka makan kerana makanan di Malaysia amat lazat dan kalori juga tinggi! Hati-hati ya.....

Pakar pemakanan menasihatkan pada sesiapa yang inginkan berat badan ideal di mana tidak terlalu gemuk iaitu obesiti dan tidak terlalu kurus, mereka harus makan sehingga kenyang. Tetapi, bukan lah bermaksud makan kek coklat dengan kuantiti yang banyak, anda perlu makan makanan yang sepatutnya dalam kuantiti yang betul. 


Walau bagaimana pun, tidak selalunya apa yang anda makan akan membuatkan anda kenyang. Sebenarnya, terdapat beberapa makanan di luar sana yang boleh membuatkan anda tanpa rasa bersalah dalam diam menaikkan berat badan anda. Ini sangat bahaya ya! 


Perhatian kepada pembaca : Makanan yang disenaraikan ini adalah selamat untuk dimakan dalam berapa pun kuantiti yang anda ambil tetapi anda kemungkinan besar akan kenyang dengan cepat dalam beberapa saat sahaja!



1. Kentang Rebus



Kentang rebus adalah sahabat karib untuk seseorang yang inginkan diet sejak dahulu dan sampai bila-bila. Makan lah banyak mana yang anda suka tetapi ingatlah, anda selalunya akan kenyang dulu sebelum masuk kentang yang kedua!


2. Telur 



Telur adalah salah satu daripada sumber nutrien terbesar yang sememangnya memberi tenaga sepanjang hari anda. Protein yang terdapat dalam telur memang tak dapat ditandingi, menjadikannya pengganti yang sempurna untuk stik dan burger yang berat bila anda sedang diet!


3. Oat



Oat akan menyerap apa-apa bendalir di sekelilingnya, menyerapnya masuk ke dalam perut anda. Makanlah di waktu pagi untuk memberikan anda tenaga dan bukanlah mencari 'jajan' sebagai kudap-kudapan.



4. Sup



Walaupun sup hanyalah air secara asasnya, ianya mengekalkan kepuasan perut anda dalam beberapa jam. Makanlah sebagai pencuci mulut sebelum anda makan hidangan utama kerana ianya akan mengurangkan seberapa banyak makanan di dalam perut anda


5. Buah Epal


Tubuh memerlukan gula untuk beroperasi, tetapi ketika anda sedang berdiet, lupakan lah minuman berkarbonat dan kudapan yang manis. Epal mestilah menjadi sebahagian dari perancangan diet anda kerana serat larut dan kalori yang rendah dalam buah epal akan meningkatkan berat badan anda dalam jangka panjang.


6. Salmon


Ikan salmon sangat sihat. Ia dimuatkan dengan protein, lemak, omega-3 asid lemak yang membantu melawan keradangan. Salmon adalah sangat sihat jika dimakan bersama salad dan sayuran berdaun.


7. Daging 



Daging memang sedap. Tapi mesti daging yang tanpa lemak ye! Begitu juga dengan ayam tanpa kulit. Kedua-duanya adalah sumber protein yang besar tanpa jumlah lemak yang terlalu tinggi.Kandungan kalori dikurangkan dengan cara membuang lemak dan kulit, anda boleh menikmatinya lebih dalam setiap hidangan.


8. 'Cottage' Cheese




Ini adalah salah satu makanan berat badan yang sihat tetapi sangat lazat. Keju penuh dengan protein, vitamin B, kalsium, dan fosforus. Tahap kenyang adalah sama seperti telur.


9. 'Pop Corn'




Haa yang ni maksudnya bukanlah popcorn macam anda boleh beli sewaktu menonton wayang bersama yang tersayang. Tetapi, ini adalah popcorn semula jadi yang kaya dengan serat dan ianya adalah makanan ringan yang sangat sesuai untuk si diet. Ia adalah makanan yang sihat untuk dikunyah buat kudapan!


10. Sayuran




Sayuran seperti kobis bunga dan brokoli adalah serat yang boleh memenuhkan perut dengan cepat. Pastikan anda meninggalkan cheese semasa menyediakan hidangan brokoli atau asparagus untuk rakan diet anda.


11. Tuna



Tuna adalah ikan dengan asid lemak penting dan tiada kalori. Ia juga merupakan salah satu ikan kegemaran pilihan para atlet profesional dan orang bina badan. Ia dipenuhi dengan protein untuk membina otot. Sekiranya peningkatan dalam pengambilan protein adalah matlamat diet anda, pastikan anda membeli ikan tuna dalam air, bukan minyak.


12. Avocado (Alpukat)



Alpukat adalah buah yang unik dalam erti kata lain, ianya mengandungi tahap lemak yang sihat. Walaupun ianya mengandungi lemak, ianya tidak begitu padat seperti yang anda fikirkan kerana lemaknya diimbangi oleh kandungan air di dalam buah alpukat tersebut.


13. Timun



Setiap hidangan, di dalam setiap buah mengandungi berat air kira-kira 15 kalori. Bahagian-bahagian timun yang paling berkhasiat adalah kulit dan bijinya. Oleh itu, pastikan anda tidak membuangnya ketika membuat hidangan.


14. Tomato



Adakah tomato itu buah atau sayuran ? Tidak mengapa apa pun ia, yang pentingnya adalah tomato adalah sangat sihat untuk anda dan anda boleh jadikan ianya sebagai 'jajan' pilihan yang tiada had kuantiti. Sambil tengok tv pun boleh makan tomato ok! Tomato kaya dengan vitamin dan mineral, dan setiap tomato berukuran sederhana hanya mengandungi 25 kalori.


15. Kekacang



Walaupun kacang mengandungi tahap lemak yang tinggi, ianya tidaklah menggemukkan. Malahan, dalam jumlah yang tinggi, kacang boleh membantu meningkatkan proses metabolik anda.


Sumber : healthyandpretty.com







No comments

Powered by Blogger.
a