Header Ads

1MDB boleh jana keuntungan - Najib





Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata 1MDB dapat menjana keuntungan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha membangunkan dan memaksimumkan nilai aset-aset syarikat itu seperti Tun Razak Exchange, Pulau Indah dan Bandar Malaysia.

Selain daripada membuat rundingan secara persahabatan bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang,langkah itu perlu dilaksanakan.




“Jika dilaksanakan dengan langkah-langkah positif untuk memaksimumkan nilainya, 1MDB akan jana keuntungan biarpun selepas bayar hutang mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar, di Dewan Rakyat hari ini.
Najib turut mengulangi gesaan agar kerajaan PH mendedahkan dokumen perjanjian penyelesaian di antara syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), dan 1MDB yang didakwanya akan membuktikan harta Malaysia masih terjamin.
“Dua minggu lepas, PH keluarkan kenyataan bahawa mereka mahu batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dan tidak akan membayar AS$4.5 bilion yang dikatakan kita hutang kepada IPIC.
Najib berasa aneh dan berkata IPIC mengatakan dengan jelas 1MDB langsung tidak berhutang dengan mereka dan ini menunjukkan seakan-akan kerajaan PH berbohong yang kononnya hutang perlu dilunaskan menjelang 30 Disember 2020.
Namun begitu, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng melaporkan jika kerajaan mendedahkan dokumen berkaitan perjanjian penyelesaian antara IPIC dan 1MDB, ianya adalah tindakan subjudis.

Sumber : Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.
a